top of page

Dana kemanusian Palestin RM81juta, menghampiri sasaran


Oleh: Abdullah Zaid


Sasaran kerajaan untuk mengumpul dana RM100 juta bagi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) menghampiri sasaran dengan jumlah terkumpul RM81 juta.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana kecemasan yang berjaya diperoleh dalam masa singkat itu menunjukan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap penindasan rakyat Palestin.


"Saya terharu dalam masa singkat dengan dana awal kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta.


"Ini menunjukkan keprihatinan dan terima kasih kepada syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam," katanya ketika berucap pada majlis agihan sumbangan AAKRP, hari ini.


Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan pendirian Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara Arab bagi melancarkan bantuan kemanusiaan.


Hal ini katanya, proses saluran bantuan melalui pintu sempadan Rafah menghadapi kesukaran ekoran konflik perang Palestin-Israel yang tiada tanda akan mereda.


"Maklumat terkini yang saya dapat dari Mesir, Turkiye dan Arab Saudi bahawa ada kesukaran untuk salurkan bantuan kemanusiaan ke Palestin.


"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga gagal memutuskan (tindakan gencatan senjata) malah, badan pengaman dunia itu tiada kesediaan untuk meredakan sengsara dihadapi rakyat Palestin.


"Buat masa ini, kalau boleh diketepikan dahulu salah siapa sebaliknya beri tumpuan kepada mangsa yang kebuluran, sakit dan mereka yang tidak dapat kemudahan perubatan," jelasnya lagi.


Untuk rekod, Perdana Menteri berlepas ke Riyadh, Arab Saudi hari ini bagi mewakili negara menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC).


Lawatan kerja dua hari itu turut mengesahkan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman bagi membincangkan konflik terkini serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki minggu kedua dan telah mengorbankan lebih 3,000 rakyat Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page