top of page

Dakwah melalui lagu, pendekatan terbaharu Timbalan Menteri Agama



Oleh: Akmal Manaf


Perbezaan pandangan merupakan realiti yang tidak dapat dielakkan, namun boleh dilihat perpaduan yang teguh dan kukuh bukan lagi faktor fantasi yang mustahil untuk 'menghidupkan' masyarakat dalam suasana harmoni, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran negara.


Mengambil contoh Malaysia, sebuah negara unik yang terkenal dengan rencam kaum, sememangnya perpaduan dan kebersamaan adalah 'pegangan' yang perlu dicerna ke dalam pemikiran masyarakat.


Bukan setakat 'omong kosong' di kedai kopi atau menyembang tanpa sempadan, kali ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan tampil dengan karya puisi dengan lagu bertajuk 'Dunia Indah Bersama'.



Dalam bahasa mudah, Dr Zulkifli bersama beberapa penulis yang lain seperti Hafiz Tamizi, Zairudin Hashim dan Sirr Muhammad telah menulis lirik lagu yang membawa mesej perdamaian, mengingatkan kita semua bahawa dunia menjadi lebih baik apabila manusia saling menghormati dan memahami perbezaan.


Lagu tersebut dinyanyikan dengan paduan suara kumpulan Mirwana dan Zawfan dan liriknya juga antara lain menekankan nilai-nilai seperti menghapuskan sengketa lama dan memupuk kasih sayang, sesuai dengan tema kehidupan bersama yang damai (At-Ta’ayush).


Lagu 'Dunia Indah Bersama' adalah hadiah kepada masyarakat, mengingatkan bahawa perbezaan adalah anugerah dan bukannya jurang pemisah antara kita semua.


Projek kolaborasi lagu itu turut mendapat sentuhan susunan vokal oleh Sariman (kumpulan Nowseeheart) dan menampilkan gabungan suara kanak-kanak untuk menjadikannya lebih harmoni.


Untuk makluman masyarakat di luar sana, lagu tersebut kini diedarkan secara digital oleh Soofie Media dan Believe Music dan boleh didengar di platform digital seperti Spotify, Apple Music dan lain-lain.


Bukan setakat di platform digital, malah lagu yang diharapkan akan menjadi tema untuk pelbagai inisiatif pendidikan dan perpaduan di negara ini, turut diputarkan di SALAM FM, IKIM FM dan stesen radio tempatan.


Lagu itu telah dilancarkan baru-baru ini dan majlis diserikan dengan kehadiran penggiat nasyid tanah air seperti Farihin Abdul Fatah, wakil Nowseeheart, Brothers dan Rast.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page