top of page

Dakwaan ringgit mengukuh kerana ekonomi dunia lemah tidak berasas



Oleh: Abdullah Zaid


Helah pemimpin pembangkang mendakwa kononnya prestasi ringgit kukuh sejak kebelakangan ini kerana ekonomi dunia melemah dilihat sebagai cubaan untuk memperdayakan rakyat.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Atillah Sani berkata, tuduhan tersebut amat tidak masuk akal memandangkan prestasi ekonomi kedua terkuat dunia China dan negara berkembang seperti India menunjukkan sebaliknya.


"Tiada bukti ekonomi dunia melemah. Memang negara yang merupakan major economies (seperti Amerika Syarikat) menghadapi beberapa cabaran ekonomi namun ianya tidak membawa kepada krisis yang meruncing.


"Apa yang boleh saya rumuskan dakwaan pemimpin pembangkang ini ibarat "air beriak, tanda tak dalam". Cakap banyak tapi tiada pengisian fakta. Kosong macam tin kosong.


"Buktikan berapa banyak kedai yang tutup, buktikan petrol RON95 turut bakal naik (kerana merudum ekonomi dunia)?," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut Atillah berkata, sudah tiba masanya blok pembangkang, Pas dan Bersatu menjadi pembangkang yang berkualiti memandangkan reformasi ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan Madani ketika ini telah membuahkan hasil.


Jelasnya, pemimpin Perikatan Nasional boleh mengambil contoh peranan ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang dahulu yang memberi nilai tambah atau cadangan menyelesaikan isu-isu rakyat, bukan sekadar mengkritik semata mata.


"Walaupun kita pernah menjadi parti pembangkang namun kita tidak seperti Pas dan Bersatu.


"Kita sebaliknya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dengan berjumpa dan duduk berbincang dengan kerajaan bagaimana cara untuk kita naik taraf kehidupan rakyat.


"Itu kualiti kita sebagai pembangkang dahulu yang pembangkang hari ini harus contohi," ujarnya.


Untuk rekod, laskar siber dan pemimpin PN tidak mengiktiraf pengukuhan nilai ringgit sejak dua minggu lalu.


Sebaliknya mereka mendakwa nilai mata wang itu kelihatan meningkat kerana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sedang menghadapi penurunan ekonomi dan menuju kemelesetan. Bukannya kenaikan ringgit disebabkan fundamental ekonomi negara yang semakin kukuh berikutan dasar dasar kerajaan yang tepat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page