top of page

Dakwaan PM campur tangan siasatan SPRM: KEADILAN Sabah buat laporan polis



Tohmahan laskar siber pembangkang dan warga net kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes beberapa ADUN Sabah yang didakwa korup akan berhadapan tindakan tegas selepas ini.


Menurut Ketua Penernagan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin, parti itu telah memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang memfitnah PM.


"KEADILAN Sabah mengambil keputusan akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang menuduh Datuk Seri Anwar (kononnya) cuba melindungi dan menutup laporan rasuah terhadap beberapa ADUN Sabah.


"Kenyataan palsu ini dibuat beberapa laman TikTok dan Facebook yang telah dikenal pasti. Kita ada link dan screen short yang akan diserah kepada polis," katanya dalam sidang media yang disiar secara langsung di Facebook rasmi PKR Sabah, hari ini


Tegas Razeef, tuduhan kononnya PM melindungi beberapa ADUN dengan tujuan untuk berunding meminta lebih kerusi DUN bagi ditandingi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan tahun hadapan bukan sahaja menjatuhkan maruah PM tetapi tidak masuk akal sama sekali.


Katanya, tohmahan itu jelas satu fitnah jahat yang ditujukan kepada PM yang terkenal dengan sikap anti rasuahnya.


"Laporan ini jelas satu fitnah jahat terhadap PM yang jelas menentang rasuah dan salah guna kuasa


"Kita juga maklum ada pihak mendesak PM untuk menekan SPRM segera menahan dan menyiasat individu terbabit


"Saya yakin PM tidak akan melakukan campur tangan itu dan lebih baik kita memberi ruang kepada SPRM seluasnya menggunakan kuasa mereka untuk menjalankan siasatan, dan kita dapat maklumat beberapa mereka yang dituduh serta menuduh itu telah dipanggil SPRM," katanya.


Sehubungan itu, Razeef menggesa SPRM terus menyiasat dengan tegas skandal membabitkan beberapa ADUN Sabah yang menerima wang sogokan untuk kelulusan projek sebagaimana yang tular sejak sebulan lalu.


Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KEADILAN Sabah, Datuk Peto Galim dan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Fekirie Gobet.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page