top of page

Dakwaan kuil dapat pampasan RM2 juta tidak benar - Dr Zaliha

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 27
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Dakwaan seorang pendakwah bebas kononnya kerajaan memberikan pampasan berjumlah RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Masjid India, Kuala Lumpur adalah tuduhan palsu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuil seperti yang cuba digambarkan Firdaus Wong itu.


"Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas.


"Tiada sebarang perjanjian atau deal lain dibuat selain daripada penyelesaian yang telah saya umumkan secara rasmi semalam," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu jawatankuasa kuil menyatakan persetujuan untuk berpindah ke tapak baru berkeluasan 4,000 kaki persegi untuk pembinaan semula kuil berkenaan secara kekal bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid di tanah milik Jakel Trading Sdn Bhd tersebut.


Zaliha menegaskan keputusan “menang-menang” dicapai menerusi perbincangan dengan semua pihak terlibat.


Bagaimanapun Firdaus pada Selasa memuatnaik status mempersoalkan sama ada pihak jawatankuasa kuil berkenaan ada menerima RM2 juta sebagai pampasan di samping tapak baharu.


"Janganlah kita mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman berdasarkan maklumat yang tidak sahih, kerana ia menggugat keharmonian dan perpaduan yang telah kita bina bersama.


"Paling utama, pembinaan masjid yang telah tertangguh sejak 2020 di atas tanah milik swasta tersebut dapat diteruskan seperti yang dirancang, manakala pihak kuil pula setuju untuk berpindah ke lokasi alternatif yang telah dikenal pasti," tambahnya.


Sementara itu Dr Zaliha menggesa agar semua pihak menghentikan polemik yang tidak berfaedah itu.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page