Dakwaan Dr Samsuri untuk raih simpati - Dr Zahid
- Suara Keadilan
- 4 days ago
- 1 min read

Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa beliau ditanda sebagai individu di bawah status 'Travel Control Office/Order' (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa dibidas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik laporan media menyifatkan dakwaan itu sebagai langkah untuk meraih simpati terutama menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Air Kuning bulan ini.
"Mungkin dia memohon simpati sebab PRK Ayer Kuning (Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning)," kata Ahmad Zahid selepas melancarkan Akademi Rel Pahang (ARP) di Dewan Yayasan Pahang, Kuantan pada Jumaat.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas pada Khamis mendakwa ditandakan dibawah status TCO sejak pertengahan tahun lalu.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil menjelaskan ia merupakan prosedur keselamatan biasa bagi seorang ketua Kerajaan Negeri, dan tidak wajar ditafsirkan sebagai pemantauan khusus.
Beliau turut menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mengintip pergerakan Samsuri kerana beliau sentiasa didampingi anggota polis atas kapasiti sebagai Menteri Besar.
Comments