top of page

Dakwa tidak jemput Warisan ke himpunan, KEADILAN Sabah beri penjelasan



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sabah menolak dakwaan bahawa parti itu tidak menjemput Parti Warisan ke Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah yang diadakan pada 4 Ogos lalu.


Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berkata, pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Setiausaha Agung Warisan dan menerima maklum balas bahawa parti tersebut dijadual mengadakan permukiman pada tarikh berkenaan.


"Pada mulanya kita tidak berniat untuk respons (dakwaan) namun tindakan pimpinan Warisan yang mendiamkan diri seolah membenarkan tuduhan anggota parti mereka bahawa KEADILAN sengaja tidak menjemput Parti Warisan.


"Di sini kita sertakan salinan surat jemputan serta bukti bahawa KEADILAN telah menghantar jemputan berserta maklum balas dari Setiausaha Agung Warisan, Loretto Sipin bahawa pimpinan Warisan tidak dapat hadir kerana menghadiri retreat. Oleh kerana itu kami tidak mahu lagi timbul fitnah bahawa kami tidak memanggil Warisan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Razeef, himpunan pada 4 Ogos itu telah dihadiri lebih 15,000 anggota dan penyokong jentera parti termasuk pimpinan dari Pakatan Harapan iaitu DAP, Amanah dan UPKO serta rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan.


Selain itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu juga memaklumkan bahawa KEADILAN Sabah ketika ini sedang giat mengadakan beberapa aktiviti bagi tujuan pengukuhan jentera parti di Sabah.


Jelasnya, sebanyak 25 Cabang KEADILAN Sabah dijangka akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) kali ke-2 bermula 14 September hingga 26 Oktober ini.


"Kedua, Konvensyen Pemerkasaan Organisasi Parti (POP25) dan KEADILAN Menang Siri Pilihanraya ke-16 (KEMAS16) akan diadakan pada 5 Oktober 2025. Konvensyen ini sepatutnya berlangsung pada 4 Ogos lalu namun terpaksa ditunda atas sebab tertentu.


"Program ini juga akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, saudara Rafizi Ramli dan dihadiri oleh pimpinan utama KEADILAN," ujarnya.


KEADILAN Sabah juga dijangka akan menganjurkan Konvensyen Angkatan Muda Keadilan (AMK) Zon Borneo bermula 21 September ini di Kota Kinabalu.


Menurut Razeef lagi, AMK Sabah akan mengumumkan ketetapan program selepas keputusan muktamad dibuat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page