top of page

Daftar lesen pengendali platform: 'Sekat media sosial langkah terakhir'



Tindakan menyekat akses terhadap platform pesanan Internet dan media sosial yang tidak mendapatkan lesen perkhidmatan selepas 1 Januari tahun depan merupakan langkah terakhir yang akan diambil oleh kerajaan.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak mahu sampai ke tahap itu sebaliknya hanya mahu memastikan Internet adalah selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.


"Itu (sekat akses) adalah last resort (langkah terakhir) untuk dibuat, kita tidak mahu ke arah itu. Apa yang kita mahu ialah bukan sekadar Internet yang laju tetapi platform internet yang selamat untuk kanak-kanak dan keluarga," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Wan Saifulruddin bertanyakan sama ada kerajaan akan menyekat akses platfom media sosial yang gagal mendaftarkan pelesenan masing-masing selepas peraturan itu dikuatkuasakan, selain risiko pertindihan peraturan tersebut dengan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian yang sedang digubal.


Keperluan perlesenan ke atas penyedia pesanan internet dan perkhidmatan media sosial dengan pengguna melebihi 8 juta di Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah diwartakan pada 1 Ogos namun hanya akan berkuatkuasa 1 Januari 2025.


Menurut akta itu, platform tersebut boleh didenda atau dikenakan hukuman penjara jika mereka terus beroperasi tanpa lesen di Malaysia.


Fahmi berkata kerangka pelesenan itu bertujuan memastikan penyedia platform menangani kandungan mudarat secara berkesan bagi mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.


Minggu lalu, Meta yang memiliki platform Facebook, Instagram dan Whatsapp dilaporkan telah meminta kerajaan melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pelesenan media sosial kerana mahu meneliti beberapa perkara yang disifatkan sebagai kabur.


Fahmi sebelum itu turut menegur Meta kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak khususnya di platform Facebook.


Tegasnya, Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut.


Kepada soalan asal Wan Saifulruddin berhubung aspek kawal selia platform media sosial, Fahmi berkata di bawah Akta 588, terdapat langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat.


Beliau berkata pelaksanaan kerangka pelesenan itu antara lain bertujuan menangani isu-isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan, malah penguatkuasaan pelesenan juga tidak menjejaskan pengguna.


"Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat dan kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf, yang telah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun ia perlu disertai dengan tanggungjawab.


"Kebebasan yang tiada sempadan adalah kebebasan yang mengundang malapetaka. Oleh itu, tindakan ini adalah untuk memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara, keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page