top of page

Curi elektrik lombong bitcoin: Tuntut penjenayah sebenar, bukan pemilik premis



Oleh: Akmal Manaf


Pihak kerajaan bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diharap dapat merangka penyelesaian jangka panjang akibat kecurian elektrik bagi aktiviti perlombongan bitcoin.


Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing dalam sidang medianya bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung memaklumkan, pihaknya telah menerima sebanyak 91 aduan daripada mangsa atau pemilik premis yang dituntut pampasan bernilai jutaan ringgit.


''Sebelum ini, kami telah berdialog dengan mangsa dan sidang media juga sudah dibuat bertujuan memberi penerangan latar belakang kes.


''Selain itu, sidang media turut menuntut kerajaan menetapkan tindakan serta dasar bagi memerangi penjenayah sebenar, iaitu sindiket yang terlibat dengan aktiviti bitcoin secara haram.


''Kami amat menghargai tindakan pantas TNB yang berjanji untuk bertemu dengan para pengadu dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian isu,'' katanya di bangunan Parlimen, hari ini.


Dalam perkembangan sama, Kar Hing berkata laporan TNB menunjukkan kecurian tenaga akibat aktiviti bitcoin haram semakin berleluasa sekali gus mengakibatkan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh 2018 sehingga 2023.


Beliau berkata, walaupun nilai kerugian berdasarkan peratusan dilihat kecil, namun jumlah sebenar jauh lebih besar daripada apa yang dilaporkan.


''Kami percaya, angka yang diumumkan hanya melibatkan kes-kes yang dikesan,'' ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page