top of page

Cuai pertahan Batu Puteh adalah pengkhianatan - PM Anwar



Kecuaian dalam mengendalikan isu Batu Puteh disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada negara yang sanggup melepaskan mana-mana kawasan dengan mudah malah sanggup berperang untuk mempertahan sebuah wilayah kecil.


"Mengapa negara ini, negara hebat Malaysia tercinta ini izinkan pengkhianatan begitu rupa sehingga terlepas dengan mudah tanpa gunakan jalur hukum pertahankan hak kita.


"... sebab itu Kerajaan Madani setuju adakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), (untuk) putuskan apa yang sebenarnya berlaku.


"Kalau benar orang fikir ini perkara kecil dan enteng, ada masalah pada sikap dia sebagai seorang anak Malaysia kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia," kata dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Jumaat.


Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.


ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.


Pada 3 Feb 2017, Putrajaya memfailkan permohonan semakan keputusan hak ke atas Batu Puteh.


Namun, kerajaan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 bertindak menarik balik permohonan tersebut.


Susulan itu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Feb lalu memperkenan penubuhan RCI dengan diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif bagi menyiasat mengapa Malaysia menggugurkan permohonan semakan tersebut.


Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan laporan RCI bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentang di Parlimen manakala syor-syor yang dikemuka akan dibahas.


Sementara itu Anwar menegaskan, perbahasan terbuka di Parlimen mengenai isu Batu Puteh akan menjadi pengajaran kepada anak bangsa selain iktibar supaya tidak mengorbankan kepentingan negara.


"Kita akan izin perbahasan terbuka di Parlimen dan luar Parlimen untuk jadi pengajaran dan iktibar kepada anak-anak bangsa pada masa akan datang bahawa negara ini terbentuk dengan pahit getir, keringat, air mata, darah pejuang selama ratusan tahun lawan penjajah demi penjajah dan tidak boleh dikorbankan kepentingannya," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page