top of page

‘Contohi sikap Dr Syed Husin berani berjuang hadapi risiko’



Oleh: Abdullah Zaid


Pemergian permata KEADILAN Allahyarham Dr Syed Husin Ali sememangnya merupakan suatu kehilangan besar buat parti.


Berkongsi pengalamannya, Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Aliff Naif Mohd Fizam menyifatkan tokoh politik KEADILAN dan ahli akademik itu tiada galang gantinya rentetan sumbangan beliau yang terlalu besar dalam politik negara termasuk gerakan mahasiswa.


"Saya mula mengenal Syed Husin pada tahun 2019 ketika di Universiti Malaya (UM) di depan Dewan Tunku Canselor kerana masa itu kita tidak dapat kebenaran untuk anjurkan dalam canselor, jadi kami terpaksa buat di luar dewan.


"Pada ketika itu tidak banyak gerakan mahasiswa, jadi beliau membangkitkan wacana untuk menghidupkan gerakan mahasiswa.


"Saya melihat Syed Husin sebagai aktivis intelektual kerana ilmu yang diperolehnya akan dibawa ke jalanan, dan apa-apa di jalanan pula akan dibawa ke dewan kuliah. Jadi itulah istimewanya Syed Husin Ali," katanya.


Beliau berkata demikian pada program Orang Pergerakan dan perbincangan buku “Dua Wajah” sempena mengingati Allahyarham Dr Syed Husin Ali, malam tadi.


Jelasnya, sumbangan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) itu dalam dunia gerakan mahasiswa tidak dapat dinafikan apabila beliau sendiri terpaksa mengajar di berlainan universiti ekoran tekanan yang diterimanya sehingga dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


"Kalau diikutkan beliau boleh sahaja terus menjadi pensyarah, hanya bercakap topik pengajian Melayu dan Nusantara tetapi beliau turun bersyarah untuk mahasiswa dan membela nasib rakyat.


"Sudah pasti ada risikonya. Jadi idealisme itu yang kita harus ambil sebagai prinsip bagaimana kita hendak integrasi ilmu dan lapangan, untuk kekal berani bersuara walaupun penuh dengan risiko," ujarnya lagi.


Dr Syed Husin merupakan antara tokoh politik awal yang membela Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dipecat dan difitnah pada 2 September 1998.


Sejurus itu, Syed Husin yang juga Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) membawa partinya bergabung bersama Parti Keadilan Nasional pada 3 Ogos 2003, yang mana gabungan itu dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan kekal sehingga ke hari ini.


Selepas pergabungan Dr Syed Husin Ali dilantik sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dari 2003 - 2010, sehingga beliau melepaskan jawatan menjelang pemilihan parti pada 2010.


Bergerak aktif dalam dunia akademik dan politik, Dr Syed Husin meninggal dunia pada 28 Jun lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page