top of page

'Contohi Nazri Aziz, kerja demi negara, bukan serang sesama sendiri'



Pemimpin UMNO diseru mencontohi Dua Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang tidak sibuk menyerang kepimpinan parti komponen Kerajaan Perpaduan, sebaliknya bekerja keras menaikkan imej negara di mata kuasa besar dunia.


Bagi Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Mohd Nashriq Othaman, Ketua Bahagian UMNO Padang Rengas itu jelas tidak menyalahkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kerana mendedahkan peristiwa pada malam pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke 15 lalu setelah beliau tewas tipis kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu siaran podcast sebelum ini.


"Kalaulah orang-orang dalam UMNO seperti Dr Akmal, Jazlan dan Puad Zarkashi mempunyai jiwa yang besar dan pemikiran yang matang seperti Nazri Aziz, kerjasama Kerajaan Perpaduan ini akan berjalan baik tanpa ada masalah.


"Kalau nak berpolitik masa pilihanraya nantilah. Sekarang ini masa kita bekerja untuk Malaysia.


"Macam Datuk Seri Mohammed Nazri, dia bekerja keras di Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat, ini adalah contoh yang baik," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nashriq lagi, pemimpin UMNO seperti Dr Akmal, Jazlan dan Puad Zarkashi seharusnya menghentikan serangan dalam apa jua isu dan akur dengan arahan Presiden UMNO, bukannya melawan dan ingkar dengan pemimpin.


Tegas beliau, pemimpin UMNO itu sewajarnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan politik Malaysia stabil dengan langkah menubuhkan Kerajaan Perpaduan.


"Kita ada amanah dari Yang Dipertuan Agong sejak kita dapat membentuk kerajaan pada 24 November yang lalu. Maka hargailah kerjasama ini demi kebaikan negara," katanya.


Dalam kenyataan itu juga Nashriq memetik kenyataan Nazri Aziz yang membela pendedahan Shamsul sebelum ini.


Kata Nazri: "Yang menjadi kesalahan adalah bila berlakunya cubaan membeli Ahli Parlimen (dilakukan PN) untuk mendapatkan sokongan bagi menubuhkan kerajaan"


"Jika Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berunding dengan Zahid ia tidak salah kerana tidak ada pihak yang dapat menubuhkan kerajaan (pada waktu itu)," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page