top of page

Contohi MB Sanusi: Lepas setahun baharu hendak minta maaf?



Komentar beberapa pemimpin Pas, termasuk Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu dan netizen yang memuji Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya menimbulkan lebih banyak polemik di media sosial.


Hal itu kerana Sanusi menunggu selama setahun dan selepas kesnya didengar di mahkamah sebelum meminta maaf.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Chan Chun Kuang, keikhlasan Sanusi dipertikaikan kerana mengambil begitu banyak masa sebelum membuat permohonan maaf yang boleh dilakukan pada hari pertama kontroversi tersebut tercetus.


"Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang menyarankan agar pemimpin-pemimpin kerajaan meneladani Sanusi.


"Saranan ini amat tidak berasas kerana Sanusi hanya memohon maaf selepas setahun dan didakwa di mahkamah. Tindakan ini tidak boleh dijadikan teladan, apatah lagi untuk diangkat sebagai contoh kepada pemimpin-pemimpin lain.


"Pemimpin harus menonjolkan integriti dan tanggungjawab moral yang tinggi dalam setiap langkah yang diambil. Walaupun kita menghargai langkah Sanusi kerana akhirnya memohon maaf, namun sejauh mana keikhlasan dan keseriusan beliau dalam isu ini, memandangkan dia mengambil lebih setahun untuk memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Chun Kuang juga mengingatkan bahawa semua pemimpin sentiasa berhati-hati dalam tindakan dan ucapan yang dibuat, agar tidak mencetuskan kontroversi atau menggugat kepercayaan rakyat terhadap institusi diraja.


Permohonan maaf yang tulus dan bertanggungjawab, katanya, walaupun penting tetapi lebih penting ialah langkah proaktif untuk memastikan insiden menyentuh institusi diraja tidak berulang.


"Saya ingin menegaskan kepentingan untuk mengamalkan politik berasaskan prinsip, nilai, dan integriti. Politik perkauman, kebencian, atau apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana pihak mesti dihentikan.


"Negara memerlukan politik yang mampu menyatukan semua kaum dan lapisan masyarakat, bukan politik yang memecahbelahkan," katanya.


Dalam kenyataan itu, ADUN Semambu berkenaan turut menjunjung kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Sultan Selangor yang menyifatkan bahawa pemimpin seharusnya menjaga tutur kata dan menjauhi tindakan yang boleh memecahbelahkan masyarakat.


"Tuanku memperingatkan kita tentang kepentingan menjaga adab, khususnya dalam konteks hubungan antara pemimpin dan rakyat jelata.


"Saya menyeru semua pihak agar menghormati institusi raja yang merupakan simbol perpaduan dan kedaulatan negara, mengamalkan politik matang, serta sentiasa menjaga perpaduan dan keharmonian negara.


"Kita harus melangkah ke hadapan dengan politik yang berorientasikan kemajuan dan pembangunan, bukan politik yang merosakkan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page