top of page

Cikgu Joohari tumpu isu setempat, lipat ganda usaha santuni pengundi

Updated: Jun 27



Oleh: Abdullah Zaid


EKSKLUSIF: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin (gambar, bersongkok) mahu menumpukan kepada isu masyarakat setempat bagi mengumpul sokongan ntuk memenangi pilihanraya tersebut.


Dalam misi wajib menang itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Joohari berkata, kempen lapangan sedang giat dijalankan termasuklah menambah jumlah lokasi yang dikunjungi menyantuni pengundi Sungai Bakap.


"Dalam tempoh kempen ini saya sekurang-kurangnya wajib membuat kempen di 15 tempat berbeza untuk disantuni dalam tempoh sehari.


"Kerja keras ini perlu dibuat bagi mencari seberapa ramai yang boleh kita santuni dalam tempoh kempen," katanya temubual eksklusif bersama Suara Keadilan.


Mengakui kempen PRK banyak dipengaruhi isu-isu nasional, anak jati Sungai Bakap itu berkata isu-isu setempat seperti isu air, infrastruktur dan jalan raya juga perlu diberi perhatian dalam kempen kerana dilihat lebih relevan dengan masyarakat di Sungai Bakap.


"Isu-isu prasarana melibatkan kemudahan seperti bekalan air dan pelebaran jalan raya saya beri perhatian dalam kempen ini

kerana masalah ini yang menjadi tumpuan masyarakat Sungai Bakap," ujarnya.


Selain itu, ketika ditanya mengenai cara mendekati pengundi muda, Tokoh Belia Daerah Seberang Perai Selatan 2005 itu berkata, pengalaman beliau sebagai bekas guru memberi kelebihan kerana ramai anak didiknya menetap di DUN berkenaan.


"Ramai anak muda terdiri daripada pelajar-pelajar saya menyatakan sokongan kepada saya walaupun mereka berbeza ideologi politik.


"Selain itu pengalaman saya sebagai seorang guru dan anggota ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) juga akan dimanfaatkan.


"Apa yang saya lihat sekarang ialah kelesuan pembabitan anak muda dalam aktiviti kemasyarakatan jadi ia perlu diimarahkan semula melalui program-program belia. Jadi itu antara perkara yang saya cuba lakukan," ujarnya lagi.


Cikgu Joohari dicabar Naib Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN), dalam pertembungan satu lawan satu.


Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page