Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap seharusnya tidak dikuasai emosi dan menggunakan fikiran matang ketika membuat pilihan di kotak undi esok.
Hal itu dinyatakan oleh Ketua Angatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim dalam ceramah grand finale PRK Sungai Bakap malam ini.
Katanya, keputusan melantik ADUN tidak boleh dibuat menggunakan emosi atau mempercayai apa sahaja yang dicanangkan di media sosial.
"Dalam PRK Sungai Bakap ini kita kena letakkan perkara betul di tempatnya. Jangan kita biarkan emosi mengatasi fikiran rasional dalam membuat pilihan politik
"Hari ini bukan zaman mudah hadapi cabaran politik. Ini zaman sosial media, sesiapa boeh muncul bercakap mengelirukan (pemikiran waras)," katanya.
Bagaimanapun di tengah tengah kekalutan itu, kata Adam, pengundi Sungai Bakap bertuah kerana mendapat seorang calon yang berwibawa sebagai guru, pensyarah dan pemimpin politik untuk dipilih esok.
"Alhamdulillah kita ada Cikgu Joohari, seorang pemimpin yang cukup baik, ada ketrampilan dan wibawa. Mampu bertutur dengan baik dan faham masalah rakyat.
"Saya lihat cara beliau bertutur, komunikasi, berinteraksi dengan masyarakat, rendah diri tetapi faham dan tahu tanggungjawab sebagai pemimpin. Dia tahu bagaimana cara nak bawa masalah rakyat ke atas, nak selesaikan.
"Inilah pemimpin kita cari, kita boleh yakin. Bukan hanya bermain dengan sentimen agama dan kaum. Ini pemimpin yang kita harus pilih di kotak undi esok," katanya lagi.
ความคิดเห็น