top of page

Cikgu Joohari lebih diyakini pengundi jadi ADUN Sg Bakap



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK SG BAKAP: Memasuki tempoh kempen minggu akhir di Sungai Bakap sebelum pengundian pada 6 Julai ini, calon Perpaduan, Cikgu Joohari Ariffin terus memperhebatkan gerak kerja kempen menyantuni pengundi.


Setiap hari, tidak kurang 10 hingga 15 program beliau hadiri sambil menyantuni pengundi-pengundi Sungai Bakap.


Personaliti Cikgu Joohari yang tenang dan mesra adalah daya tarikan yang membuat pengundi semakin selesa serta boleh menerima beliau dengan mudah.


Pengundi yakin calon PH


Selain latar belakangnya yang pernah mengajar di beberapa sekolah di Sungai Bakap, menjadikan beliau amat dikenali termasuk oleh bekas murid, juga ibu bapa bekas pelajar tersebut.


Sehingga kini, hampir tiada isu tentang diri calon Perpaduan ini kecuali hal-hal yang sengaja disensasi dan diputar-belitkan.


Klip video kempen memaparkan Cikgu Joohari bersama semua bangsa menjadi tular di Sg Bakap

Secara umumnya, berdasarkan penerimaan pengundi dalam kempen-kempen yang dilakukannya, didapati mereka amat senang jika mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki itu dipilih sebagai wakil rakyat mereka yang baharu.


Dalam waktu sama dengan kehadiran sejumlah besar pemimpin kerajaan pusat berkampung di Sungai Bakap ini, ianya turut juga memberi kelebihan kepada Cikgu Joohari.


Pengundi yakin bahawa Cikgu Joohari mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan mereka jika calon nombor 1 itu terpilih sebagai ADUN.


Aura positif


Kecenderungan pengundi dilihat semakin positif memilih Cikgu Joohari sebagai ADUN baharu bagi N.20 Sungai Bakap.


Berbaki lagi empat hari untuk berkempen, apa yang perlu ialah semua jentera kempen calon Perpaduan harus mengekalkan momentum sedia ada sehingga ke hari pengundian.


________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page