top of page

CIDB buka 91 kertas siasatan babit kesalahan di tapak pembinaan sekitar KL



Sebanyak 91 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan hasil lawatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ke 174 tapak pembinaan di seluruh Kuala Lumpur dari Januari hingga Mei ini.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kesalahan paling ketara dilakukan kontraktor antaranya adalah penyalahgunaan bahan binaan seperti besi perancah selain pekerja tidak mempunyai sijil kemahiran diiktiraf CIDB.


"Hari ini saya turun ke tapak pembinaan bersama CIDB dan beberapa agensi lain secara mengejut ke tapak pembinaan yang kita kenal pasti ada melakukan kesalahan.


"Saya harap CIDB akan kerap melakukan aktiviti sebegini supaya kita boleh hantar mesej kepada pemain industri supaya mereka patuh kepada peraturan dan undang-undang," katanya dipetik selepas turut sama turun padang dalam operasi penguatkuasaan bersepadu CIDB di tapak pembinaan di sekitar Kuala Lumpur, semalam.


Menjelaskan tentang kesalahan di tapak pembinaan, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Mohd Zaid Zakaria berkata, pihaknya mendapati penggunaan besi perancah berulang kali menyebabkan kualitinya merosot dan berkarat.


Jelasnya keadaan itu boleh menyebabkannya besi perancah itu patah kerana tidak mampu menanggung beban konkrit sekali gus mengakibatkan kehilangan nyawa.


"Mereka (kontraktor) perlu menggunakan jenis Tubular yang lebih kuat dan mendapat pengiktirafan standard Malaysia," katanya.


Atas faktor itu juga jelasnya pihak CIDB telah menguatkuasakan penggunaan besi perancah jenis A Frame (Pre-fabricated steel frame scaffolding) sejak dua tahun lepas sebagai kaedah yang selamat bagi kegunaan pekerja dan melindungi bahan atau peralatan jatuh di tapak pembinaan.


Operasi tersebut turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page