top of page

China berjaya majukan pendidikan TVET, Malaysia wajar ambil ikhtibar



Malaysia seharusnya mencontohi kejayaan China menjadikan pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai keutamaan dalam kalangan rakyatnya.


Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Cheng Heng berkata, Malaysia perlu lebih banyak berkerjasama dengan China dalam pertukaran pelajar, latihan dan kerjasama pelbagai dimensi antara kedua-dua negara.


Beliau juga menyifatkan inisiatif Kerajaan untuk berkerjasama dengan perusahaan Cina dalam pendidikan TVET yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai langah ke hadapan dan amat membina.


"Melalui kerjasama ini pelajar Malaysia berpeluang menerima latihan teknikal lanjutan daripada syarikat terkemuka China, sekali gus meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan kerjaya masa depan mereka dalam aspek modal insan berkualiti," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, Andre Lai juga memuji lawatan delegasi KEADILAN ke China yang dipimpin oleh Nurul Izzah Anwar sebagai amat berjaya dalam meninjau perkembangan TVET menoktahkan kemiskinan di republik itu.


Katanya, status pendidikan teknikal dan vokasional dalam masyarakat moden semakin berkait rapat dengan pembangunan industri. Maka sebagai sebuah negara membangun Malaysia amat memerlukan sejumlah besar tenaga mahir untuk menyokong pembangunan.


"Oleh itu, penambahbaikan dan pembangunan pendidikan teknikal serta vokasional adalah amat penting kepada ekonomi Malaysia.


"Kerjasama dengan perusahaan China ini bukan sahaja menyediakan pelajar dengan latihan profesional tetapi juga menyuntik semangat dan motivasi baharu ke dalam latihan bakat teknikal di negara ini," katanya.


Dalam pada itu, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu juga menyeru agar pendidikan TVET dibebaskan daripada kuota berdasarkan kaum dan tiba masanya negara mengoptimumkan bakat semua rakyat dalam bidang teknikal dan inovasi.



"Dalam jangka panjang, kita harus berusaha mencapai tahap permainan sama rata supaya setiap pelajar yang mempunyai kebolehan dan kesanggupan untuk mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional mendapat peluang yang sama.


"Hanya dengan cara ini kita boleh memupuk bakat teknikal lebih cemerlang dan menggalakkan peningkatan industri serta pembangunan ekonomi.


"Pendidikan teknikal dan vokasional bukan sekadar latihan vokasional tetapi juga kunci untuk membentuk masa depan negara," katanya.


Kerajaan juga, menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu harus menyediakan lebih banyak sokongan dan sumber bagi pendidikan TVET, termasuk menyediakan lebih banyak peluang latihan, menambah baik kemudahan dan menggubal dasar pendidikan yang fleksibel.


Katanya, China sudah mempunyai sistem pendidikan vokasional terbesar di dunia. Menurut laporan lebih 8,700 sekolah mendaftarkan kira-kira 10 juta pelajar pada 2022 sahaja.


"Asas permerkasaan TVET di China begitu mendalam, menjadikan ia sebuah negara yang wajar Malaysia contohi. Kerjasama antara Malaysia dan perusahaan China dalam pendidikan TVET adalah satu langkah positif seterusnya membuka ruang baharu untuk pertukaran pendidikan dan kerjasama antara kedua-dua negara


"Intipati reformasi institusi di China jauh ke hadapan


"Inilah masa kita memperkasa TVET demi kelangsungan ekonomi negara dalam persaingan global yang semakin kompetetif dan mencabar lebih-lebih lagi Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan," kata Andre Lai lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page