top of page

'Chegubard dahulu bukan perkauman, kembalilah ke pangkal jalan'



Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak sepatutnya diulas secara sembarangan mahupun menggunakan lensa perkauman.


Pendedahan tanah perkuburan mangsa 13 Mei yang ditanam jenazah pelbagai kaum dan agama di dalamnya perlu dilihat dalam konteks semasa kejadian, bukannya berdasarkan pemahaman sempit.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, cara aktivis pembangkang Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa kononnya 'Islam tergugat' dengan wujudnya tapak perkuburan seperti itu di Sungai Buloh, Selangor amat dikesalkan.


Menurut Chean Chung, Chegubard merupakan mantan pemimpin KEADILAN sedekad lalu dan beliau tidak pernah berada dalam jalur perjuangan sempit perkauman seperti itu.


"Chegubard adalah mantan KEADILAN dan dulu bukan seorang yang bersikap perkauman sempit. Namun selepas masuk ke dalam PN, semua perkara menjadi tidak betul bagi Chegubard," kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.


Tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu, beliau sebagai rakan lama Chegubard terpanggil untuk memberikan sedikit fakta sejarah mengenai tanah perkuburan tersebut untuk disemak.


Katanya, tanah perkuburan mangsa 13 Mei itu melibatkan semua kaum termasuk Melayu dan telah berada di situ sejak 55 tahun lalu.


Ianya satu peringatan kepada seluruh rakyat bahawa pentingnya menghargai muafakat dan perpaduan dalam hidup bermasyarakat agar tidak berlaku lagi rusuhan sepertinya. Maka, perbuatan imam yang membaca doa di kawasan tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.


Katanya, pihak yang menganjurkan majlis peringatan, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) telah pun menjelaskan situasi dengan sebaik baiknya.


"Pihak Pesawa menjelaskan bahawa kawasan tersebut bukan sahaja "tempat perkuburan Cina", sebaliknya ia merupakan tempat persemadian mangsa pelbagai kaum, termasuklah kaum Melayu.


"Peristiwa 13 Mei adalah tragedi untuk dijadikan iktibar buat kita semua. Apa yang perlu adalah keterangan dan dokumentasi yang telus dan terbuka supaya rakyat berbilang kaum di Malaysia boleh membina rasa simpati dan empati, dipupuk nilai saling maaf memaafkan dan penghargaan kepada pendamaian serta kesejahteraan sebagaimana ada pada hari ini," ujarnya.


Justeru, Chean Chung menasihati Chegubard agar tidak terus membuat tuduhan melulu dan kembali kepada prinsip asal perjuangan beliau dalam politik.


"Pada bulan lepas, Chegubard baru didakwa memfintah dan menghasut sekaligus menjejaskan nama Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, saya ingin menasihati Chegubard dan PN agar berhenti memainkan sentimen perkauman dan fitnah yang tidak berasas.


"Chegubard harus sedar bahawa PN kini mentadbir 4 kerajaan negeri, namun setakat ini tiada rancangan yang menyerlah untuk rakyat di negeri-negeri tersebut. Chegubard sepatutnya menumpukan usaha untuk menerangkan dasar-dasar PN kepada rakyat dan bukannya hanya memainkan sentimen yang sia-sia," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page