top of page

Chang Lih Kang umum pertahan jawatan Naib Presiden



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden KEADILAN pada pemilihan parti kali ini.


Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, langkah itu bagi mengukuhkan parti itu demi masa depan Malaysia yang lebih baik.


Justeru beliau menyeru sokongan daripada seluruh anggota parti terutamanya di peringkat akar umbi.


"Kita perlukan pemimpin yang telah membuktikan komitmen sejak awal terhadap perjuangan reformasi.


"Saya sendiri telah melalui jatuh bangun parti ini. Namun saya tetap setia bersama parti kerana saya yakin KEADILAN adalah parti masa depan… Dengan rendah hati, saya menawarkan diri untuk terus berkhidmat dan mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti kali ini," katanya.


Pemilihan jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.


Manakala jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) akan dilaksanakan pada 24 Mei.


Terdahulu, media melaporkan empat penyandang jawatan naib presiden iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nurul Izzah Anwar menyatakan akan mempertahankan jawatan tersebut.


Selain itu, Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil pada Ahad lepas juga mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page