top of page

Chang Lih Kang prihatin nasib mangsa banjir di Tanjung Malim



Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang amat prihatin dengan keadaan mangsa banjir di beberapa kampung di kawasannya yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Hati saya bersama penduduk di Kampung Balun, Taman Slim Permai, Slim Village, Kampung Bantang, Kuala Slim, Trolak Pekan, Kampung Orang Asli Kuala Bil, Kampung Pauh, Behrang Stesen dan Kampung Batu 4 yang terkesan oleh banjir sejak pagi ini," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Lih Kang, pengawai pegawai Pusat Khidmat Tanjung Malim telah pun dikerahkan di lapangan untuk memastikan keperluan mangsa banjir dipenuhi sebaik baiknya.


"Saya mohon semua bertenang dan kuat menghadapi dugaan ini. Kami akan terus membantu bersama pihak berkuasa," katanya lagi.


Pagawai pusat khidmat dibantu anggota Rela mengagihkan bantuan

Hujan lebat berterusan di Tanjung Malim bermula pukul 11 malam semalam hingga 4 pagi hari ini menyebabkan tiga PPS dibuka menempatkan 158 orang mangsa daripada 65 keluarga.


Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Batu 4, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim dan SK Slim River.


Menurut laporan, mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS SK Slim River berjumlah 89 orang (30 keluarga), SK Kuala Slim 41 mangsa (21 keluarga) dan DOR Kampung Batu 4 seramai 28 mangsa merangkumi 14 keluarga.

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page