CCUS: Tambah peluang pekerjaan, ekonomi lebih mampan - Rafizi
- Suara Keadilan
- 2 hours ago
- 1 min read

Teknologi CCUS atau Pemerangkapan, Penggunaan, dan Penyimpanan Karbon boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu bagi ekonomi Malaysia.
Menurut Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, CCUS juga boleh menjana peluang ekonomi baharu kepada rakyat.
"CCUS bukan saja membantu mengurangkan pelepasan karbon, tapi sebenarnya mencipta peluang ekonomi baharu untuk rakyat.
"Dengan sasaran net zero menjelang 2050, kita menggunakan teknologi hijau untuk memacu ekonomi rendah karbon yang lebih cekap dan mampan.

"Anggaran awal sumbangan ekonomi termasuklah 200,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor hijau dan RM1 trilion nilai ekonomi dalam 30 tahun akan datang," katanya dalam muat naik terbaharu di Facebook.
Dengan menggunakan teknologi CCUS, kata Rafizi, Kerajaan Madani komited untuk meneroka peluang ekonomi baharu, berkembang secara mampan, memanfaatkan teknologi hijau dan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Untuk rekod, Rang Undang Undang CCUS telah pun diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
CCUS dijangka menerima pelaburan RM25 bilion melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) untuk membangunkan kemudahan dan insfrastruktur bagi menjadikan Malaysia antara penyimpan karbon dioksida terbesar Asia Tenggara. Dengan sasaran pada 2030 negara menyimpan 5 juta tan karbon dioksida sebagai langkah mengurangkan pelepasan karbon.
Comments