top of page

Capaian 5G di Malaysia 55%, pencapaian positif



Capaian rangkaian internet 5G di Malaysia setakat Mac tahun ini sekitar 55% dan agak membanggakan.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil ketika ditanya wartawan usai majlis Sumbangan Cahaya Ramadan kepada 300 orang peserta yang terdiri daripada golongan B40 dan asnaf di PPR Kerinchi, Pantai Dalam, semalam.


Namun begitu beliau berkata, masih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencapai sasaran 80% capaian di kawasan berpenduduk sebagaimana yang dijanjikan kerajaan.


"Setakat hujung Mac, jumlah atau peratus pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia berdasarkan maklumat yang saya terima ialah dalam 55%. Itu yang dimaklumkan oleh pihak Digital Nasional Berhad dan itu bermaksud kita ada dalam 25% lebih untuk capai 80% capaian rangkaian 5G bagi kawasan yang berpenduduk menjelang hujung 2023.


"Ini adalah kemajuan yang positif dan bagi saya, yang penting kita ingin pastikan perlaksanaan ini tidak tergendala," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pihak kementerian ketika ini sedang berusaha untuk mempercepatkan proses capaian dengan melakukan perbincangan berterusan bersama syarikat telekomunikasi yang terlibat memandangkan negara pesaing Malaysia juga telah mempunyai perkhidmatan 5G yang stabil untuk memudahkan sektor perniagaan dan industri di negara mereka.


"(Kita) dalam perbincangan setakat ini dengan syarikat telekomunikasi yang sangat positif. Ada beberapa pertimbangan yang diberikan, apa yang kita boleh lakukan untuk mempercepat proses itu.


"InshaAllah saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam minggu ini untuk kita muktamadkan dasar, hala tuju rangkaian 5G di Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page