Calon PN 'berdarah Cina' langkah terdesak raih undi - AMANAH
- Suara Keadilan
- 6 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Tindakan calon Perikatan Nasional (PN) yang secara tiba-tiba mendakwa dirinya 'berdarah Cina' sebagai satu gerakan terdesak menjelang penghujung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUn Ayer Kuning, kata Salman Salleh.
Setiausaha AMANAH Perak itu berkata, pada masa sama jentera pembangkang terus meniupkan sentimen perkauman terhadap masyarakat bukan Melayu, termasuk dalam isu ladang khinzir, pemilikan tanah dan sebagainya.
"Ini bukan sahaja tidak konsisten, malah memperlihatkan wajah sebenar calon dan jentera PN berkempen dua wajah, berubah ikut penonton dan sanggup berkata apa sahaja untuk undi.
"Jika benar mereka menghormati keharmonian kaum, maka kempen PN sejak awal tidak akan dipenuhi dengan retorik perkauman dan politik kebencian.
"Pengakuan ini hanyalah cubaan untuk meraih undi Cina setelah menyedari penolakan semakin kuat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Oleh yang demikian, Salman yang juga Pengarah Operasi Pakatan Harapan (PH) PRK Ayer Kuning menyeru pengundi agar menilai dengan bijak dalam pilihanraya kali ini.
Beliau menegaskan, masyarakat jangan terpedaya dengan calon yang menukar warna mengikut suasana.
Katanya, politik yang berprinsip tidak bertukar skrip hanya kerana takut kepada kekalahan.
Saya nak langgan berita terkini KEADILAN