top of page

Calon PH Petra Jaya janji selesai isu setempat jika dipilih



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi P.194, Petra Jaya, Sarawak berjanji untuk menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan berkenaan yang telah sekian lama tidak berjaya diselesaikan oleh kerajaan Gabungan Politik Sarawak (GPS).


Menurut calon PH Petra Jaya, Sopian Julaihi, biar pun lawannya untuk kerusi parlimen berkenaan merupakan menteri pusat namun masih banyak isu kebajikan rakyat yang tidak diselesaikan.


"Sekiranya dipilih oleh pengundi Petra Jaya, isu yang bakal saya ketengahkan adalah berkenaan projek-projek sakit seperti Hospital Petra Jaya yang sepatutnya disiapkan pada 2018 tetapi ditangguhkan kepada tahun 2026.


"Selain itu, kebanyakkan sekolah sekolah di Sarawak tidak memiliki kuarters yang sepatutnya disediakan malahan masih ada sekolah-sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai sekolah daif.


"Perkara lain yang hendak saya bangkitkan ialah kemudahan awam yang masih tidak memberangsangkan walhal kawasan Petra Jaya ini adalah sebahagian dari kawasan sub-bandar meskipun penyandang Ahli Parlimen P194 Petra Jaya ini adalah mantan Menteri Kanan Kerja Raya," katanya dalam satu kenyataan.


Sopian bertekad sekiranya terpilih pada 19 November ini beberapa usul yang akan segera dibawa antaranya mencadangkan satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang baharu dibina untuk kawasan Kuching Utara yang meliputi kawasan Petra Jaya dan Santubong kerana keperluan IPD amat penting untuk menjaga keselamatan awam yang kian bertambah populasinya.


"Saya juga akan membawa cadangan pembangunan sosio-ekonomi yang bersifatkan komuniti dan bukan kroni yang menjadi idaman warga Petra Jaya sekali gus memberi peluang ekonomi kepada warga setempat khususnya anak muda agar dapat menjadikan Petra Jaya bukan sahaja parlimen yang sinonim dengan pusat pentadbiran Bandaraya Kuching tetapi menjadi pusat sosio-ekonomi yang hijau dan inklusif.


"Petra Jaya mampu dimajukan dengan lebih berdaya saing dan memberi impak sosio-ekonomi kepada penduduk tempatan sekiranya saya diberi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Petra Jaya," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page