top of page

Calon PH parlimen Padang Serai meninggal dunia



Calon Pakatan Harapan (PH) bagi parlimen Padang Serai Karupaiya A/L Mutusami meninggal dunia hari ini


Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pemergian mendiang dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Menurut Saifuddin, mendiang yang juga mantan Ahli Parlimen Padang Serai merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Cabang KEADILAN Padang Serai.


"Mewakili seluruh keluarga besar KEADILAN dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Pemergian mendian satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan Reformasi.


"Jasa mendiang di Parlimen, kepada warga serta Cabang Padang Serai, dan juga kepada Angkatan Tentera Malaysia terutama para veteran akan senantiasa dikenang," katanya.


Tambah Saifuddin pengorbanan mendiang selama berjuang bersama sama keluarga KEADILAN akan terus diingati dan menjadi inspirasi kepada anggota KEADILAN.


"Mendiang meninggal dunia di dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia yang lebih baik.


"Semangat ini akan diteruskan oleh para pejuang KEADILAN dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini," katanya lagi.


Menurut Saifuddin, kali terakhir beliau menemui Karupaiya adalah pada 14 November lalu, di atas pentas ceramah di Kulim. Mendiang telah memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan bersama Pengerusi Pakatan Harapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page