top of page

Calon anak muda DUN Mahkota cermin keyakinan bakat generasi baharu



Pencalonan anak muda Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota mencerminkan kepercayaan kerajaan kepada generasi baharu untuk membina karisma kepimpinan dan penerus pemerintahan pada masa hadapan.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berpendapat sedemikian selepas menghadiri program Aspirasi Anak Muda Bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi di Kluang, Johor baru baru ini.


Menurutnya, anak muda Johor seharusnya mengambil peluang mengisi semua bidang sama ada politik, ekonomi dan pimpinan sosial mulai sekarang.


"Peluang ini digunakan sebaiknya untuk berkongsi aspirasi dan agenda kerajaan dalam pembangunan belia.

Bersama anak muda Johor yang memiliki potensi

"Ruangan ini juga dibuka kepada anak-anak muda untuk bertanya soalan dan memberi pandangan secara terus kepada YAB Menteri Besar Johor.


"Ternyata keputusan Kerajaan Perpaduan mencalonkan anak muda sebagai calon di Mahkota mencerminkan keyakinan dan kepercayaan kerajaan kali ini terhadap bakat serta potensi anak muda," kata Amirudin.


Beliau yang juga berasal dari Johor berharap anak-anak muda negeri itu akan lebih gemilang dan cemerlang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page