top of page

CAKE sambut baik pengumuman turun harga telur



Keputusan kerajaan menurunkan harga runcit telur gred A, B, dan C serta mengekalkan harga minyak masak sawit dalam botol disifatkan rahmat kepada golongan B40 dan miskin tegar.


Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Yusrizal Yusoff dipetik laporan media menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu semalam.


Jelasnya, usaha itu dapat membantu golongan kurang berkemampuan dalam menyara kehidupan yang sekaligus selari dengan janji Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa rasionalisasi subsidi diesel tidak seharusnya menjejaskan harga barangan keperluan.


"Kita menyambut baik penurunan harga telur dan pengekalan harga minyak masak ketika peningkatan kos sara hidup, Kini, kita dapat melihat harga barangan turun, dan ini dapat membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.


"Walaupun ini boleh mengurangkan sedikit beban, kos sara hidup yang tinggi masih dirasai pengguna. Kami berharap barangan keperluan lain juga akan menyaksikan harga stabil," katanya dipetik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan harga runcit telur gred A, B dan C akan dikurangkan 3 sen sebiji, berkuat kuasa serta merta.


Selain itu kerajaan juga mengekalkan harga minyak masak sawit botol pada RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg), dan RM30.90 (5kg), walaupun minyak sawit mentah global harga (MSM) meningkat melebihi harga ambang RM3,890 setan metrik.


Sementara itu Yusrizal mengakui laporan bahawa harga barangan tertentu meningkat walaupun kerajaan berusaha memastikan rantaian bekalan makanan tempatan tidak terjejas.


Justeru, beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus membanteras perniagaan dan peniaga yang mengeksploitasi penyasaran semula subsidi diesel untuk menaikkan harga.

0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page