top of page

Caj hospital swasta: "Ada orang pengsan lihat bil" - Sim Tze Tzin



Tindakan hospital swasta mengambil keuntungan melampau ke atas produk perubatan asas dan ubat-ubatan perlu ditangani.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, hasil tinjauan yang dilakukan melalui platform aduannya mendapati terdapat pesakit dikenakan caj berulang kali bagi pemeriksaan rutin menggunakan alat pengesan tekanan darah (BP) dan oksimeter nadi, dengan kadar bayaran jauh lebih tinggi berbanding harga runcit.


"Sebagai contoh, alat pengesan BP digital – ada orang mengadu kepada saya mereka dicaj RM54.70. Oksimeter nadi, untuk mengukur kadar denyutan, berharga RM10 atau RM20 di farmasi tetapi ada pesakit yang dicaj RM58.


"Jika mereka diperiksa tiga kali, mereka akan dicaj RM58 sebanyak tiga kali dalam sehari.


"Saya rasa ini tidak adil," kata Sim dipetik daripada temu bual Bersama CodeBlue baru-baru ini.


Ahli Parlimen KEADILAN itu mendakwa harga ubat di hospital swasta dua kali ganda atau tiga kali lebih tinggi berbanding di farmasi.


"Ada orang mengadu kepada saya mengenai kapsul Legalon. Di farmasi, harganya RM132 tetapi di hospital dicaj RM234. Duphalac berharga RM22 di farmasi tetapi RM40 di hospital. Gel mulut oral pula RM65 atau RM66 di farmasi tetapi RM105 di hospital. Semuanya dua kali ganda," katanya.


Justeru itu, beliau mahu pihak hospital swasta bersikap lebih telus dalam menyediakan bil perubatan kepada pesakit.


"Tidak boleh ada 90 item dalam bil perubatan dan setiap satu dicaj dua kali ganda lebih mahal. Saya rasa ini tidak betul.


"Saya tidak menyalahkan hospital swasta kerana mereka perlu menanggung kos lain seperti gaji jururawat dan perbelanjaan lain, tetapi ia mesti adil.


"Jika anda mahu mengenakan caj untuk sesuatu perkara, ia mesti telus – contohnya, nyatakan bahawa caj bilik adalah untuk menampung perbelanjaan modal (capex).


"Saya rasa pihak berkepentingan perlu duduk bersama dan benar-benar melihat apa yang boleh dianggap sebagai harga yang adil dan mampan," tambahnya.


Tze Tzin mengakui bahawa hospital swasta, syarikat farmaseutikal, dan syarikat insurans perlu menjana keuntungan untuk terus bertahan dan memacu inovasi.


Namun katanya, “keuntungan berlebihan” perlu ditangani bagi melindungi golongan paling terkesan.


Katanya sebanyak 30 peratus daripada caj hospital swasta terdiri daripada bayaran doktor dan harga ubat, manakala 70 peratus lagi tidak dikawal selia.


"Ada yang mengadu kepada saya bahawa mereka dicaj RM20 untuk sepasang sarung tangan.


"Sedangkan satu kotak sarung tangan hanya berharga RM40. Jika doktor secara tidak sengaja merosakkan sarung tangan, pesakit dicaj RM40 dua kali


"Inilah sebabnya saya percaya kawal selia diperlukan. Sangat sukar untuk meneliti bil-bil ini, terutamanya apabila pesakit menerima bil dengan 90 caj item yang diperincikan. Kebanyakan orang hanya menerimanya dan membayar," katanya sambil berseloroh: "Anda pengsan apabila masuk hospital dan pengsan sekali lagi apabila menatap bil."


Justeru, Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM), hospital swasta, dan kumpulan pengguna bekerjasama untuk membangunkan sistem kawal selia yang boleh diterima dan telus.


Beliau menegaskan bahawa ketika ini tiada pihak berkuasa yang mengawal selia caj yang tidak dikawal di hospital swasta kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) atau Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak boleh campur tangan kerana ketiadaan ‘punca kuasa’.


Oleh itu beliau mendesak pemantauan lebih ketat terhadap hospital swasta.

0 comments

Recent Posts

See All

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page