top of page

Cadangan singkir Israel dari PBB tunjuk sikap PM perjuangkan Palestin



Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan tindakan laskar siber pembangkang yang sengaja menyunting wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wartawan CNN tempoh hari, yang kononnya mengesahkan pendirian PM membenarkan “hak Israel untuk mempertahankan diri”.


Menurut Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, pendirian Anwar sebelum ini dalam forum antarabangsa, terutama cadangan beliau agar Israel disingkir daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sudah cukup untuk menyatakan pendirian tegas membela rakyat Palestin.


Katanya, tidak mungkin Anwar akan berkata Malaysia mahu Israel lenyap dari muka bumi dalam ayat diplomatik sebagai ketua kerajaan.


"Perdana Menteri berhati-hati (dalam wawancara) menyusun laras bahasa diplomasi ketika ditanya pendiriannya berhubung kedudukan Israel.


"Hakikatnya, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel dan tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.


"Fakta juga membuktikan Malaysia tegas dan konsisten dalam mempertahankan hak Palestin, termasuk mengutuk perbuatan genosid berterusan yang berlaku di Gaza.


"Suara Perdana Menteri adalah antara pemimpin dunia yang paling lantang membela nasib Palestin, malah peluang lawatannya ke Arab Saudi dan Mesir digunakan untuk melobi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) supaya Israel disingkirkan daripada keanggotaan PBB atas jenayah genosid yang telah diputuskan kesalahannya oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Mujahid, menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB adalah usaha Malaysia kepada masyarakat antarabangsa bagi mendedahkan jenayah genosid, namun soal kewujudan negara Israel dalam bahasa diplomasi antarabangsa adalah soal hak bernegara masing-masing.


"Tidak mengiktiraf Israel bukan bererti Malaysia akan "menghapuskan Israel". Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri menggunakan lobi antarabangsa mengutuk, dan berusaha menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB atas dasar kemanusiaan di samping sentimen kemarahan terhadap Israel dikongsi banyak negara lain


"Malaysia mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa namun bukan hak Malaysia secara moralnya untuk menggesa pembunuhan yang sama dilakukan ke atas rakyat Israel pula," ujarnya.


Sehubungan itu, Mujahid menyeru rakyat Malaysia sama ada kerajaan mahu pun pembangkang bersama sama Perdana Menteri menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB dan terus membela hak Palestin untuk bernegara secara berdaulat.


"Janganlah retorik politik sempit kita membutakan hakikat dan tidak dapat membezakan antara laras bahasa di platform antarabangsa dan sikap kita yang jelas terhadap jenayah perang Israel," katanya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page