top of page

Cadang laluan khas lapangan terbang bagi jemaah Ayyappaswamy



Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George memohon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempertimbangkan mewujudkan laluan khas di lapangan terbang bagi jemaah Ayyappaswamy yang akan mengadakan penerbangan ibadat ke India pada 1 Januari ini.


Menurut satu kenyataan, Dr Gunaraj yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor berkata, jemaah itu majoritinya terdiri daripada golongan tua dan berpuasa yang memerlukan laluan pantas ke pesawat untuk tidak menunggu terlalu lama di terminal.


"Jemaah Ayyappaswamy yang hanya memakai pakaian hitam tradisional (dhoti), tidak memakai kasut atau selipar, menjalani tempoh puasa ketat selama 48 hingga 60 hari. Mereka hanya bergantung kepada diet pemakanan sayur sayuran dan buah buahan.


"Ramai terdiri daripada golongan warga emas dan individu yang kurang bertenaga, memerlukan perhatian khas bagi mengurangkan keletihan dan memastikan keselesaan sepanjang perjalanan," kata Dr Gunaraj.


Tambah beliau, kewujudan laluan khas itu pastinya akan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang; memudahkan proses masuk ke pesawat dengan panggilan awal untuk jemaah; dan memberi sokongan serta penghormatan kepada jemaah untuk menunaikan ibadat tahunan dengan lebih lancar.


"Kami percaya Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang lebih dikenali sebagai pemimpin prihatin terhadap semua lapisan masyarakat, dapat mempertimbangkan permohonan ini.


"Jutaan terima kasih diucapkan atas usaha keras YB Menteri dalam membawa transformasi ke dalam kehidupan rakyat ke tahap yang lebih baik," katanya lagi.


Cadangan itu dibuat bersama Presiden Gabungan Rumah Ibadat Malaysia Ayyappaswamy Seva Sangam, K. Uwaraja Gurusamy.


Mereka mengharapkan kerjasama daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air untuk menyediakan laluan khas bagi jemaah Ayyappaswamy ke India menunaikan ibadat tahunan 1 - 11 Januari 2025.

0 comments

Recent Posts

See All

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page