top of page

Caci lompat parti, PRK Nenggiri PN-Pas sokong lompat parti - Lokman



Belum pun sebulan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada Pas dan Bersatu mencaci 6 Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling menyokong Perdana Menteri dan menghentam Speaker Dewan Rakyat kerana enggan mengosongkan kerusi 6 Ahli Parlimen berkenaan, hari ini PN mempunyai pendapat lain mengenai calon yang 'beralih sokongan'.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, sikap hipokrit Pas - Bersatu dalam mencalonkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon gabungan itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri begitu terserlah, dan menjadi igauan buruk kepada pengundi di DUN berkenaan.


Katanya, pendirian Pas dan Bersatu yang berubah dalam masa sebulan daripada mencaci lompat parti kepada membenarkan pelompat parti menjadi calon merupakan suatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana mana parti politik di Malaysia.


"Baru baru ini di Parlimen kita semua melihat Pas dan Bersatu bermati matian menetang wakil rakyat mereka berpindah sokongan. Makian, cercaan dilontarkan kepada Speaker Dewan Rakyat dan kepimpinan Datuk Seri Anwar.


"Bermacam macam dalil dan hujah dilontarkan untuk menunjukkan keputusan speaker dewan mengekalkan kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu salah dan tidak demokratik


"Tetapi hari ini Allah s.w.t telah tunjukkan kepura puraan sebenar PN-Pas berkaitan isu lompat parti.


"Mereka tidak peduli pun (lompat parti), malah diangkat orang yang lompat parti 10 hari (dari Pas ke Bersatu) menjadi calon," kata Lokman dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.


Lokman juga mengingatkan, sekiranya pengundi PRK Nenggiri gelap mata memilih calon lompat sebagi wakil rakyat maka tidak ada jaminan setelah memegang jawatan dan beliau kurang senang dengan Bersatu, tidak akan melompat kembali ke parti lama atau parti lain.


"Kalau Rizwadi boleh lompat jadi ahli Bersatu semata mata nak jadi calon, apa jaminan kalau selepas ini dia tak puas hati dengan Bersatu dia lompat masuk Pas balik?


"Berapa kali nak PRK? Jadi jangan bazir masa undi Rizwadi.


"Calon Bersatu DUN Nenggiri yang diumum oleh MB Kelantan ini adalah dari baka lompat parti. Ini kena tanam dalam pemikiran setiap orang yang keluar mengundi dalam PRK kali ini," katanya.


Dalam pada itu, Lokman juga tidak menolak sekiranya isu lompat parti ditimbulkan oleh BN dalam kempen PRK Nenggiri maka Pas akan menyediakan dalil menghalalkan lompat parti yang sebelum ini diharamkan mereka.


"Paling geli hati (Timbalan Presiden Pas) Tuan Ibrahim boleh kata tindakan Rizwadi keluar Pas dan jadi calon Bersatu adalah satu taktik dan strategi. Bab lompat katak kata strategi? Lepas ini pasti keluar dalil strategi (benarkan) lompat.


"Pengundi buka mata luas luas, lihat perangai puak Pas dan Bersatu. Kalau (ke atas) mereka semua jadi halal, kalau kena (atas) kita semua jadi haram," katanya lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menetapkan PRK DUN Nenggiri bermula dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan hari mengundi 17 Ogos depan

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page