top of page

Cabaran negara tua perlu diatasi dengan penuh ehsan - Menteri Kesihatan



Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030, dengan 15% daripada populasi terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas, kata Menteri Kesihatan.


Oleh itu, jelas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Malaysia perlu berusaha mengatasi cabaran negara tua dengan berkesan dan melakukannya dengan penuh ihsan.


"Seperti negara-negara ASEAN lain, kita telah dengan berhati-hati menyediakan sumber untuk menjaga kebajikan seluruh penduduk, menjaga kebajikan warga tua dan pada masa yang sama memastikan generasi muda dipersiapkan dengan cara penjagaan kesihatan, bagi menangani hidup yang lebih sihat dan umur lebih panjang," katanya dipetik.


Ucapan Dr Dzulkefly dibacakan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Shafiee Ismail di Persidangan Hari Tua yang Sihat 2024, di George Town pada Selasa.


Sementara itu, Dr Dzulkefly berharap persidangan itu menjadi forum untuk menjelaskan apa yang diperlukan untuk mencapai status negara tua yang berjaya dan cabaran yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Persidangan tiga hari itu bertemakan ‘Menua dengan berjaya’ dianjurkan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Komanwel (CMA).


Kira-kira 600 delegasi termasuk 45 penceramah antarabangsa dan 87 penceramah Malaysia akan berkongsi pandangan, dapatan kajian dan langkah inovatif bagi mempromosi penuaan yang sihat.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page