top of page

Buli siber: Kerajaan akan bertegas terhadap pengendali media sosial



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membayangkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa platform media sosial.


Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya pada Ahad beliau berkata, ia susulan beberapa isu membabitkan penipuan, penyebaran berita palsu dan buli siber yang tidak ditangani di media sosial.


"Saya tidak rasa mereka mengambil kisah...jadi cukuplah.


"Kita akan hantar satu mesej yang sangat keras dan jelas kepada platform-platform ini. Nantikan," katanya dipetik.


Beliau yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).


Beliau juga berkata kementerian tersebut bekerjasama untuk meneliti tiga hingga empat perkara antaranya melibatkan undang-undang sedia ada, menggubal undang-undang baharu dan dari segi pelaksanaan undang-undang tersebut.


"Jadi, selepas ini semua platform media sosial harus bertanggungjawab dan insya-Allah kita akan ambil tindakan yang sangat tegas dalam masa beberapa hari ini.


"Langkah itu demi memastikan keselamatan semua orang, khasnya kanak-kanak dan keluarga," tambah Fahmi.


Sementara itu Fahmi berkata beliau sendiri pernah melihat sesi TikTok live dan merasakan terdapat segelintir komen-komen yang agak keterlaluan, seolah-olah menjurus ke arah membolehkan penonton lain hilang adab dan kewarasan.


"Ini yang disebut bukan hanya the perpetrators tetapi juga the purveyors.. bukan sahaja mereka yang melakukan tetapi yang juga membolehkan kecaman dan menjemput orang lain memaki hamun," jelasnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page