top of page

Buli siber akan ditangani dengan undang-undang lebih tegas - PM



Kerajaan MADANI mengambil perhatian terhadap isu buli siber yang dilihat semakin membimbangkan, tegas Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu undang-undang lebih tegas akan diperkenal untuk membendung perkara berkenaan dan ia dijangka dibentang pada sesi Parlimen akan datang.


"Kita akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas... dan saya ada minta badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai di Bukit Mertajam pada Sabtu.


Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebelum ini mendedahkan bahawa Malaysia menjadi negara kedua di Asia bagi kadar siber buli.


Di peringkat dunia pula, Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima dengan kadar siber buli tertinggi selepas Peru, Argentina, Mexico dan Brazil.


Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai lalu mengumumkan, Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala berkenaan.

Sementara itu Anwar menegaskan, meskipun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara namun isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental sehingga berupaya mengancam keselamatan serta nyawa seseorang.


"Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang... meskipun Malaysia memperjuang kebebasan dan keadilan, negara ini tidak akan sesekali membiarkan sebarang bentuk penindasan, penghinaan serta penderaan berlaku," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page