top of page

Bukan pinggir pembangunan di Kedah, ambil alih tanah tidak selesai - Rafizi



Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan tuduhan mendakwa beliau sengaja memangsakan rakyat Kedah apabila tidak meluluskan permohonan projek di negeri itu.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya Rafizi berkata, Kementeriannya sebelum ini pernah meluluskan pinjaman sebanyak RM195 juta kepada Kedah untuk projek pembangunan fasa lima Kulim Hi-Tech Park (KHTP).


Bagaimanapun tegasnya, timbul masalah apabila tanah yang dikemukakan semasa permohonan pinjaman itu kemudian bermasalah dan pembelian tidak dapat diteruskan.


"Memang syarat mana-mana peruntukkan kerajaan Persekutuan ialah hal pemilikan tanah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum peruntukkan diluluskan semula.


"Kalau belum ada tanah, projek tidak dapat diteruskan," jelasnya.


Mengulas lanjut Rafizi berkata, Kerajaan Kedah sekarang mendakwa mereka telah mengenal pasti tanah baru yang perlu dibeli dan menuntut supaya Kementerian Ekonomi meluluskan juga pelepasan peruntukan RM195 juta itu walaupun hal pemilikan tanah belum diselesaikan.


Bagaimanapun Rafizi berkata, pihaknya mempunyai pengalaman projek menjadi tergendala kerana isu pemilikan tanah yang masih tertunggak.


Tambah Rafizi, sekiranya projek di negeri berkenaan terus tergendala, beliau bimbang bahawa kesannya harus ditanggung oleh rakyat negara ini yang terpaksa menanggung faedah pinjaman selama mana Kerajaan Kedah tidak dapat menyiapkan projek terbabit.


"Kita semua sedia maklum rekod pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang bila projek tak jadi, dia akan kata saya tukang baca saja atau pun itu projek swasta bukan projek saya," tambah Rafizi sambil menegaskan masalah projek tergendala di Kedah berpunca dari masalah membelenggu Kerajaan Negeri itu sendiri.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page