top of page

'Bukan askar China, pelajar universiti tentera laut lawat sekolah di Pulau Pinang'



Kementerian Pendidikan (KPM) menyangkal tentera China diberikan sambutan meriah ketika hadir ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, Sabtu lalu, sebaliknya mereka merupakan sekumpulan pelajar termasuk pensyarah dari Naval University of China.


Menterinya Fadhlina Sidek menjelaskan, rombongan yang membawa seramai 165 pelajar termasuk pensyarah itu adalah program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.


"Pertama yang saya ingin betulkan, ia bukan kehadiran tentera (sebaliknya) kehadiran pelajar (dan pensyarah) universiti dan kenyataan (dakwaan kehadiran tentera) ia sama sekali tidak betul sehingga wujud salah faham.


"Di sini, saya juga ingin tegaskan bahawa kehadiran mereka adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.


"Kedua ia adalah program pertukaran kebudayaan dan sukan manakala yang ketiga adalah program membabitkan pelajar universiti dan juga sekolah persendirian terbabit yang telah pun mendapat kebenaran daripada semua pihak berkuasa," katanya dipetik.


Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di Bertam, hari ini.


Persidangan itu bertemakan 'Pendidikan Manusiawi Memacu Pendidikan Negara Madani' dihadiri 674 pengetua seluruh negara.


Sabtu lalu, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kunjungan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki dua kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang untuk kunjungan silaturahim.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak sekolah susulan kontroversi berkaitan kunjungan tersebut.


"Laporan polis itu dibuat bagi mengelak salah faham dan fitnah berpanjangan pihak tertentu berhubung kunjungan pelajar universiti (Naval University of China) ke sekolah berkenaan," katanya.


Sebelum ini laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyebut anggota Tentera Laut China mengambil peluang melawat destinasi popular di Pulau Pinang dan berinteraksi dengan penduduk tempatan semasa lawatan rasmi mereka ke sini.


Pasukan petugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang terdiri daripada dua kapal - kapal latihan Qi Jiguang dan kapal pendaratan dok amfibia JinggangShan - tiba dari Zhanjiang, China dengan lebih 1,000 kru untuk lawatan hujung minggu ke pulau itu.


Kapal-kapal itu diketuai oleh Laksamana Muda Zhai Baoran dan Laksamana Muda Sun Zhongyi, komander Kumpulan Petugas Tentera Laut PLA 83.


Mereka mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Datuk Seri Law Choo Kiang, yang memberi taklimat mengenai sejarah, peranan, tugas, operasi dan pengurusan Dewan Undangan Negeri.


Sebahagian anggota tentera laut itu kemudian melawat Sekolah Menengah Persendirian Chung Ling, di mana mereka menyanyi dan mengadakan perlawanan pingpong dan bola keranjang persahabatan bersama pelajar, lapor akhbar tersebut.


Bagaimanapun, kunjungan itu telah dimanipulasi oleh segelintir pihak yang cuba membangkitkan ketakutan terhadap pengaruh komunis ke negara ini ketika Malaysia berdepan dengan persaingan tuntutan dengan China di Laut China Selatan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page