top of page

Budaya kafir-mengkafir boleh musnahkan negara - Saifuddin



Menteri Dalam Negeri (KDN) mengingatkan orang ramai mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir (takfiri) sesama Islam yang boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan termasuk kemusnahan dahsyat.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, perbuatan itu adalah dilarang oleh agama dan perbuatan menuduh seorang muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah sehingga menyebabkan putuskan silaturahmi antara sesama agama selain membawa implikasi buruk kepada masyarakat dan negara.


"Perbuatan mengkafirkan orang ini dari segi agama pun tak betul, kita tidak boleh mengkafirkan orang sewenang wenangnya, daripada segi hukum dan undang-undang pun juga begitu.


"Amalan yang kepada membawa kepercayaan iman kita sendiri sahaja yang sempurna, orang lain rosak imannya tidak boleh dibenarkan sebab ia akan membawa kepada kemungkinan-kemungkinan lain yang lebih dahsyat," katanya dipetik.


Saifuddin mengulas kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu baru-baru ini yang mengorbankan dua serta mencederakan seorang pegawai polis lain yang bertugas.


"Kita dapat ‘establish’ pertama (suspek) tidak campur dengan masyarakat, alasan tidak bercampur itu antaranya melalui siasatan polis adalah kerana melihat orang lain sebagai kafir.


"Sebab itu dia tidak pergi sembahyang sebab masjid itu dibina kerajaan. Kesan daripada itu sebab keyakinan dia bahawa Islam cuma dia, orang lain kafir," katanya dipetik laporan media.


Untuk rekod, dalam kejadian pada jam 2.45 pagi 17 Mei 2024 itu, dua anggota Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, parah selepas ditetak dan ditembak suspek.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page