top of page

BRICS: PM Anwar zahir penghargaan jemputan Presiden Putin



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan penghargaan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin di atas undangan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.


Menurut Anwar Malaysia diwakili oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di dalam sidang yang dihadiri lebih 40 ketua kerajaan itu.


"Sekalung penghargaan kepada Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.


"Terima kasih juga kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang telah mewakili saya ke Kazan bagi menyatakan kebersamaan Malaysia dalam usaha dan upaya kita melonjak kedudukan dan pendirian negara," katanya dalam catatan di Facebook.


Sidang Kemuncak BRICS berakhir semalam dengan Rafizi membawa mesej penting dalam ucapannya membela rakyat Palestin dan keutamaan kerjasama Selatan Global yang semakin menguasai ekonomi dunia.


Pada September lalu ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok, Putin mengundang PM Anwar untuk menghadiri sidang di Kazan sebagai negara rakan.


Malaysia sejak pertengahan tahun ini telah mengumumkan permohonannya menyertai BRICS. Kelmarin Malaysia diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan dalam kerjasama antara kerajaan itu. 12 negara lain yang berstatus demikian adalah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page