top of page

BRICS: Negara negara utama sokong penyertaan Malaysia



Keputusan sama ada permohonan Malaysia untuk menyertai blok kerjasama ekonomi BRICS mungkin diketahui dalam tempoh beberapa bulan lagi.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan, Malaysia tidak akan berdepan masalah besar untuk bersama dalam gabungan dipelopori Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan itu memandangkan negara-negara utama dalam blok berkenaan menyatakan sokongan kepada Malaysia.


"Buat masa ini tiada (negara yang mahu menghalang penyertaan Malaysia) kerana pemegang taruh utama (seperti) Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan menyatakan akan memberikan sokongan kepada Malaysia.


"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan China, Rusia dan India yang mana mereka amat menyokong, manakala Brazil dijangka menghantar Menteri Luarnya (ke Malaysia) dalam tempoh terdekat.


"Malaysia amat bertuah kerana kebanyakan negara amat menyokong (penyertaan) walaupun saya berasakan mereka belum membuat keputusan sama ada untuk menerima (Malaysia) sebagai anggota penuh atau rakan anggota," katanya dipetik.


Perdana Menteri berkata begitu menerusi temubual bersama India Global Today sempena lawatan rasminya ke negara itu.


Secara kumulatif, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion iaitu 26.2% daripada KDNK dunia dan hampir menyamai kekuatan ekonomi negara-negara kumpulan G7.


Negara anggota BRICS juga mempunyai bilangan populasi besar sebanyak 3.21 bilion yang dijangka terus meningkat menerusi penyertaan Mesir, Ethiopia, Iran dan UAE yang berpenduduk 333 juta orang, sekali gus membentuk pasaran mega merangkumi kira-kira 3.54 bilion orang atau hampir 45% penduduk dunia.


Pada Januari lalu, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page