top of page

BRICS: belum ada pengumuman rasmi Malaysia diterima - Rafizi



Malaysia masih belum menerima sebarang pengumuman rasmi mengenai penerimaan negara menjadi negara rakan BRICS.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata begitu sebagai mengulas laporan yang mendakwa Malaysia bersama 12 negara lain diberikan status itu selepas persetujuan dalam kalangan sembilan negara anggota BRICS.


"Bagi pihak delegasi Malaysia, kita akan menunggu sebarang pengumuman yang dibuat. Tapi kita juga telah dimaklumkan bahawa permohonan dari negara-negara untuk menyertai BRICS ini terus berlaku," katanya dipetik.


Terdahulu, kemas kini oleh @BRICSInfo menerusi platform media sosial X mendakwa blok ekonomi itu secara rasmi menambah 13 negara baharu kepada pakatan itu sebagai negara rakan, walaupun belum lagi sebagai ahli penuh.


Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.


Tidak dapat dipastikan sama ada akaun itu mempunyai kaitan rasmi dengan BRICS.


Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan oleh kepimpinan blok tersebut, dengan delegasi negara yang disenaraikan dalam senarai tersebut juga tidak menerima sebarang makluman.


Sementara itu, menurut Rafizi yang menjadi wakil rasmi kerajaan Malaysia dalam persidangan BRICS di Kazan, Rusia berkata, beliau dimaklumkan bahawa proses itu sebenarnya masih diperhalusi.


Untuk menjadi anggota BRICS, sesebuah negara perlu mendapat persetujuan semua negara anggota sedia ada.


"Jadi, saya kira itu akan terus dibincangkan dan dibawa ke persidangan seterusnya di Brazil tahun depan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page