top of page

Bot karam: Kerajaan perlu ambil langkah proaktif elak tragedi berulang



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyeru pihak berkuasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan tragedi bot karam di Lundu tidak berulang lagi.


Menerusi satu kenyataan, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan berkata, langkah keselamatan dan kemudahan infrastruktur perlu dilaksanakan segera oleh pihak yang berkaitan.


"Walaupun kita kesal dengan apa yang telah berlaku, kita harus berani untuk menerima insiden tragis ini sebagai satu seruan supaya badan pembuat dasar melakukan yang terbaik mempercepatkan proses kemudahan asas.


"Ini termasuk kemudahan jambatan, perkhidmatan bot yang lebih selamat, insurans perjalanan dan paling penting kesedaran mengutamakan peraturan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Roland juga turut memuji Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol susulan pendedahan beliau mengenai kelewatan pembinaan Jambatan Selampit yang masih belum dibina meskipun telah diluluskan.


"Pastinya kelewatan pembinaan jambatan atas faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan, akhirnya mengehadkan pilihan pelajar sekolah yang memerlukan (pengangkutan) untuk menaiki bot ke sekolah," ujarnya.


Selasa lalu, seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu terlibat dalam kejadian bot karam ekoran hujan lebat dan arus sungai deras.


Peristiwa sayu itu menyebabkan tiga pelajar SMK Senibong ditemui lemas di Sungai Batang Kayan.


Antara mangsanya ialah Vilkie Wilson, 15, ditemukan oleh anggota Sarawak Coast Guard yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.58 pagi semalam.


Manakala mangsa kedua, Helena Fasha Petrus, 16, ditemukan pada 5.30 petang semalam.


Terkini, mangsa terakhir, Alsma Jithil, 14, dijumpai penduduk kampung pada jam 6.38 pagi tadi.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page