top of page

Bonda Dr Fuziah Salleh meninggal dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 8, 2024
  • 1 min read


Bonda kepada Dr Fuziah Salleh, Setiausaha Agung KEADILAN Malaysia, Allahyarhamah Maimunah Saleh telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi.


Menurut satu kenyataan, Timbalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu memohon kepada semua mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.


"Dengan penuh dukacita dan redha dimaklumkan bonda saya Hajah Maimunah binti Saleh telah kembali ke Rahmatullah jam 12.05 pagi, 8 Disember 2024


"Semoga Allah kurniakan husnul khotimah dan moga Allah ampunkan dosa serta merahmati beliau dan kurniakan syurga buat bonda Maimunah," kata Dr Fuziah dalam kenyataannya.


Menurut kenyataan itu lagi, jenazah akan diuruskan di Hospital Sultanah Aminah dan kemudian akan dibawa ke rumah keluarga di No 1 Jalan Maruas, Taman Perbadanan Ekonomi Islam, Johor.


Urusan pengkebumian akan dimaklumkan berdasarkan maklumat terkini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page