Pertandingan bola sepak kontroversi di antara pasukan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir mencabar pasukan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor berlangsung meriah petang semalam.
Pertandingan yang hampir hampir tidak menjadi kenyataan berikutan bolak balik keputusan sama ada untuk menyertai atau tidak di pihak pasukan Sanusi sejak Sabtu lalu akhirnya berlangsung di sebuah padang di Simpang Empat, Nibong Tebal.
Dalam perlawanan lewat petang itu, pasukan Akmal yang mewakili Pakatan Harapan menang 3 -2 mengatasi pasukan Sanusi.
Bagaimanapun perlawanan tersebut lebih kepada semangat kesukanan daripada berpolitik. Malah pada peringkat awal tujuan Akmal mengadakan perlawanan tersebut adalah untuk bertemu Sanusi yang didakwanya mempunyai jadual padat dan sukar untuk ditemui.
Perlawanan semalam berlangsung secara harmoni dan terkawal, malah usik mengusik serta bergelak ketawa di antara kedua dua pasukan yang kebanyakannya terdiri daripada anak jati Kedah dan Pulau Pinang.
*Kredit foto: FB رحيم راني
Comments