top of page

Blackrock tidak tentukan hala tuju GIP, pengurusan MAHB



Syarikat pelaburan infrastruktur terkemuka, Global Infrastructure Partners (GIP) menegaskan firma pelaburan Blackrock Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tidak terlibat dalam sebarang transaksi berhubung tawaran pengambilalihan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).


Ketua Bahagian Pengangkutan GIP Phil Iley berkata meskipun Blackrock akan mengambil alih GIB, pihak pengurusan sedia ada akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab menentukan hala tuju dan operasi syarikat itu di bawah pelaburan mereka.


"Seperti diumumkan pada Januari lalu, GIP akan diambil alih oleh BlackRock Inc yang mana transaksi itu dijangka dimuktamadkan dalam suku ketiga 2024.


"Saya ingin menjelaskan bahawa BlackRock tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung MAHB.


"BlackRock mengiktiraf kepakaran GIP dalam pelaburan berkaitan infrastruktur dan selepas transaksi ini dimuktamadkan nanti, pihak pengurusan sedia ada GIP akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab bagi hala tuju strategik dan operasi GIP serta syarikat-syarikat di bawah pelaburan kami," katanya dalam jawapan bertulis dipetik Bernama hari ini.


Pembabitkan GIP dalam pengambilalihan saham MAHB mendapat kritikan kes kumpulan pro-Palestin setelah ia dimiliki oleh Blackrock yang mempunyai hubungan rapat dengan kepentingan Israel yang kini terlibat dalam jenayah genosid di Gaza.


Sebelum ini laporan menyebut terdapat perbincangan diadakan berkaitan pembabitan GIP dalam Gateway Development Alliance (GDA), sebuah konsortium yang turut melibatkan dua agensi pelaburan kerajaan Malaysia mengumumkan tawaran bagi mengambil alih MAHB pada 15 Mei lepas.


GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai AS$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.


Ia memiliki kepakaran dalam pelaburan, pengurusan dan pengoperasian antara perniagaan infrastruktur terbesar dan paling rumit di dunia, termasuklah beberapa lapangan terbang.


GIP juga berpengalaman mengoperasikan lapangan terbang menerusi pelaburan mereka di Lapangan Terbang Sydney, Australia, Lapangan Terbang London Gatwick dan Lapangan Terbang Edinburgh di United Kingdom dan Signature Aviation, AS.


Iley yang juga Pengarah GDA berkata sekiranya tawaran bagi MAHB itu dipersetujui, rakan strategik dari Malaysia melibatkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memiliki 70 peratus pegangan dalam syarikat operator lapangan terbangan itu manakala 30 peratus pegangan dimiliki secara bersama oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) menerusi GIP Aurea Pte Ltd.


"GIP dan ADIA memiliki hubungan baik yang berpaksi kepada tumpuan sama untuk mencipta nilai jangka panjang. Kami telah melabur secara bersama dalam beberapa perniagaan termasuklah Lapangan Terbang London Gatwick pada 2010 dan Keretapi VTG pada 2022," katanya.


Jelas Iley, tawaran GDA itu merupakan peluang bagi GIP menggunakan kepakarannya untuk membawa penambahbaikan di MAHB yang akan memberi manfaat semua pemegang taruh termasuk penumpang, syarikat penerbangan, kakitangan dan perniagaan lain secara lebih meluas, daripada aspek pelancongan hingga pembuatan.


Ditanya mengapa GIP perlu memiliki pegangan dalam MAHB, Iley menjelaskan pemilikan ekuiti merupakan jalan terbaik bagi memacu penambahbaikan dalam sesebuah perniagaan kerana ia memberikan insentif terbaik dan memastikan para pemegang saham berada dalam kedudukan yang selari untuk menyumbang sumber dan kepakaran.


"Meskipun kami hanya merupakan pemegang saham minoriti, kami akan memainkan peranan selaku rakan strategik teknikal dalam GDA dan menyediakan MAHB dengan seberapa banyak sokongan dan bantuan operasi yang diperlukan," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page