top of page

BlackRock: Penjelasan PMX Tamparan Hebat, Pembangkang Habis Modal

Updated: Jun 26



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Setelah berminggu-minggu menjadi isu politik yang menghangatkan iklim politik negara, Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memilih Parlimen sebagai medan untuk menjawab secara menyeluruh berkaitan cadangan Khazanah menjual kepentingan Malaysia Airport Holding Berhad atau MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dalam proses diambil alih oleh BlackRock.


Pagi tadi di Parlimen, Anwar menjawab semua persoalan yang selama ini berbangkit dalam Sesi Pertanyaan Perdana Menteri.


Menurut PMX pada mulanya sebanyak 145 syarikat memohon untuk mengambil bahagian dalam konsortium bagi mengambil alih MAHB, tetapi hanya lima yang dianggap sesuai.


Kata Anwar lagi, kriteria yang ditetapkan adalah ketat, termasuk pengerusi dan CEO MAHB mestilah daripada kalangan rakyat Malaysia.


"Syarikat lain mahukan hak pengurusan, termasuk peranan pengerusi dan CEO. Terma-terma ini tidak diterima (oleh Khazanah dan KWSP), sebab itu GIP dipilih," tegas Anwar menjawab isu mengapa syarikat pengurus lapangan terbang Singapura atau Jepun tidak dipilih sebagaimana berulang kali dibangkitkan oleh pembangkang.


Di bawah pelaksanaan itu, Anwar menambah, GIP ditetapkan untuk memiliki 30% saham MAHB bersama Abu Dhabi Investment Authority. Sementara Khazanah akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%, dan KWSP daripada 7.9% kepada 30%.


Anwar seterusnya menafikan bahawa terdapat sebarang ancaman kepada keselamatan negara berikutan kepentingan GIP dalam MAHB yang dituduh pembangkang boleh membocorkan data rakyat Malaysia kepada Israel.


Lapangan terbang kekal milik kerajaan


PM menegaskan, lapangan terbang di negara ini kekal milik kerajaan dan penglibatan GIP setakat mengurus MAHB bersama-sama dengan Khazanah dan KWSP.


"Isu keselamatan negara tetap terletak di bawah bidang kuasa kerajaan," katanya.


Anwar juga menekankan kepentingan untuk negara bekerjasama dengan firma asing bagi pembangunan masa depan, termasuk dalam pengurusan lapangan terbang negara secara besar-besaran.


"Keputusan kita (kerajaan) (untuk menghentikan perdagangan) adalah dengan syarikat yang berpangkalan di Israel.


"Firma seperti Apple, Microsoft, Nvidia semuanya mempunyai kepentingan Israel. Patutkah kita membatalkan semua perdagangan dengan mereka?


"Bunyinya sedap untuk orang dengar, tetapi ia tidak realistik untuk berbuat demikian.


"Saya juga telah membincangkan perkara itu dengan pemimpin Hamas dan mereka tidak mempunyai masalah dengannya (Malaysia berurus niaga dengan syarikat-syarikat ini)," tegas Anwar.


Pembangkang habis modal


Dengan penjelasan Perdana Menteri yang menyeluruh dan hampir mencakupi semua kebimbangan, pihak pembangkang nampaknya akan habis modal untuk terus memainkan isu BlackRock ini.


Hakikatnya, penglibatan GIP dalam MAHB adalah semata-mata mengenai kepentingan perniagaan dan tidak menjejaskan apa-apa, baik daripada segi ancaman keselamatan, kaitan dengan Israel, MAHB dimiliki pihak asing atau sebagainya.


_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page