top of page

BlackRock: MB Sanusi jangan 'politikkan' fakta - Nik Nazmi



Oleh: Abdullah Zaid


Pihak pembangkang PN diingatkan jangan terus memainkan isu firma pengurusan dana antarabangsa BlackRock.Inc sehingga menjerat diri sendiri.


Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad menasihatkan PN agar tidak terus mempolitikan isu syarikat pro-Israel itu yang dikaitkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).


Katanya, kenyataan Menteri Besar Kedah (MB) Datuk Seri Sanusi Md Nor sebelum ini telah memakan diri apabila cuba menafikan terdapat syarikat terkait BlackRock di negeri pembangkang.


"Baru-baru ini, saya ada bercerita di Kelantan dan Kedah ada kilang mempunyai pelaburan (kaitan) dengan BlackRock dan mencabar Sanusi menarik keluar semua syarikat itu daripada Kedah.


"Kemudian dia mencabar saya untuk tunjuk bukti kilang tersebut. Kemudian bila ditunjuk (kilang) dia beri alasan (pelaburan berlaku) sebelum 7 Oktober 2023 (perang Israel - Palestin), tetapi kezaliman itu (Israel) ke atas rakyat Palestin berlaku sejak ditubuhnya negara Israel," katanya di Ceramah PRK Sungai Bakap, malam tadi.


Jelasnya, isu MAHB tidak sepatutnya dipolitikan memandangkan kerjasama konsortium MAHB setakat ini hanya melibatkan Global Infrastructure Partners (GIP) yang terdiri daripada Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan bukannya BlackRock.


Tambahnya, isu keselamatan lapangan terbang juga tidak perlu dikhuatirkan kerana pegangan majoriti MAHB masih milik negara selain persetujuan syarikat GIP untuk mengekalkan jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dilantik daripada kalangan warganegara Malaysia.


"Selain itu, kawalan keluar masuk ‘airport’ masih di bawah bidang kuasa imigresen (Malaysia), tidak ada kaitan dengan BlackRock. Isu ini sengaja dimainkan untuk mencari sasaran Perdana Menteri sebagai ejen Yahudi," ujarnya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page