top of page

BlackRock: 'Era PN kerajaan Malaysia terlibat aktif' - Pemuda Harapan



Pemimpin pembangkang yang mengapi apikan isu kononnya syarikat pro Israel, BlackRock bakal mengusai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu bercermin diri kerana firma berkenaan paling aktif terlibat di negara ini pada era Perikatan Nasional memerintah.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan, pemimpin PN adalah paling rancak bekerjasama dengan BlackRock tetapi waktu ini mereka pulalah yang digambarkan paling hebat berjuang untuk Palestin dan menghentam sesiapa sahaja terpalit dengan syarikat pro Israel tersebut.

Ammar Atan

"Perlu dijelaskan bahawa dalam urusan terbaru melibatkan MAHB, kerajaan sebenarnya hanya berurusan dengan Global Infrastructure Partners (GIP) sahaja.


"Keputusan ini dibuat oleh Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penilaian strategik dan kepakaran profesional untuk memajukan aset negara.


"Paling ironi sewaktu mereka berkuasa, dana syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak AS$ 200 juta (sekitar RM900 juta) telah diserahkan kepada Blackrock, tiada pula bantahan daripada mereka ketika itu," katanya dalam kenyataan.


Menurut Ammar, kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin telahpun berdekad lamanya berlangsung tetapi apabila Kerajaan Perpaduan akan bekerjasama dengan syarikat GIP yang bakal dikuasai oleh BlackRock maka tiba tiba muncul dakwaan kerajaan menggadaikan syarikat negara kepada Israel.


Malah, katanya, terdapat pemimpin yang menghentam Kerajaan Perpaduan hari ini masih menerima gaji daripada syarikat berkaitan BlackRock.


"Kekejaman Zionis Israel adalah isu yang melatari dunia sejak berdekad-dekad lamanya, begitu juga dengan penglibatan perniagaan Blackrock dengan Amerika dan Israel.


"Mengapa waktu itu nada mereka berbeza? Dan mengapa pula mereka hari ini menjadi "terpaling" Palestin namun tidak semasa mereka berkuasa.


"Kami mencabar PN nyatakan pendirian mereka secara rasmi dan melepaskan sebarang jawatan dan kontrak yang berkaitan dengan Blackrock jika mereka benar-benar komited dengan pendirian mereka," katanya lagi.


Ammar berkata, ahli politik seperti Khairy Jamaluddin perlu menjelaskan dakwaan warga maya bahawa beliau masih ada hubungan dengan firma berkaitan BlackRock. Sekiranya benar, kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu, beliau harus melepaskan sebarang jawatan dan kontrak yang berkaitan dengan syarikat tersebut.


Blackrock dijadikan 'kebangkitan semula' politik bagi beberapa tokoh politik negara yang sedang menganjurkan bantahan ke atas kerjasama firma itu dengan pembelian 30% saham MAHB.


Kerajaan pula berhujah sekiranya pelaburan tersebut tidak boleh dibenarkan maka hubungan perlu diputuskan dengan banyak syarikat terkait pengurusan dana antarabangsa berkenaan.


BlackRock terlibat dalam pengambilalihan GIP ketika rundingan penjualan saham MAHB sedang berlangsung dan menyukarkan pihak Malaysia untuk merobak keputusan apatah lagi operasi GIP tidak diletakkan secara langsung di bawah BlackRock sebagaimana didakwa.


Pemegang saham terbesar MAHB masih lagi KWSP dan GIP hanya menguasai saham minioriti.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page