top of page

Bantuan kewangan tambahan bukti pengurusan cekap kewangan Selangor



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan kepada penjawat awam di Selangor yang bakal disalurkan sempena Hari Raya Aidilfitri bukti kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan kemampuannya mengurus kewangan dengan cekap.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, inisiatif itu mampu diberikan susulan prestasi cemerlang kerajaan negeri mengurus hasil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


"Kerajaan negeri bawah teraju Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari terus mencatat prestasi cemerlang sekaligus menepis tohmahan pihak yang cuba mempertikaikan kestabilan pentadbiran di Selangor.


"Pengumuman ini juga bukti komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.


"Ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan penjawat awam, malah ia adalah bukti bahawa Selangor berada di landasan tepat dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berterusan," katanya dalam kenyataan.


Amirudin pada Rabu mengumumkan tambahan BKK sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.


Ia sebagai tambahan daripada BKK sebulan gaji yang telah diumumkannya pada Belanjawan Selangor 2025 pada November tahun lalu.


Menurutnya, penjawat awam negeri Selangor akan menerima BKK sebulan gaji pada 25 Mac ini dan tambahannya pada 15 April depan.


Sementara itu menurut Saifuddin, kerajaan Selangor memperuntukkan kira-kira RM72 juta untuk BKK tambahan itu dan akan memanfaatkan kira-kira 80,000 penjawat awam negeri.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page