top of page

Biro Pendidikan KEADILAN Pahang dialog bersama Jabatan Pendidikan Negeri



Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang baru baru ini mengadakan kunjungan hormat dan dialog bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).


Menurut satu kenyataan dialog itu diketuai Pengerusi Biro Pendidikan, Professor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, disertai Timbalan Pengerusi MPN Pahang, Fakhrul Anuar Zulkawi dan ahli-ahli jawatankuasa biro.


Dalam ucapan aluan majlis dialog itu, Pengarah JPNP, Datuk Amzan berkongsi enam teras utama pendidikan yang dijadikan fokus oleh Menteri Pendidikan iaitu pendidikan pra-sekolah, TVET, STEM, Sekolah Digital, Memperkasa BM dan BI serta Intervensi Kurikulum 2027 yang akan bermula pada 2026.


"Datuk Azman berterima kasih di atas penglibatan KEADILAN Pahang dalam bidang pendidikan terutama program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi melalui kegiatan STEM di daerah Kuantan dan Pekan pada tahun ini," kata kenyataan tersebut.


Manakala Prof Datuk Dr Hassan Basri merakamkan ucapan penghargaan beliau mewakili Biro Pendidikan MPN Pahang yang mempunyai keanggotaan di semua 14 Parlimen dan 12 Daerah di negeri itu.


Beliau turut menyatakan hasrat Biro Pendidikan MPN Pahang untuk bekerjasama menjayakan agenda reformasi pendidikan bercitra pendidikan manusiawi yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan.


"Pengalaman beliau selama lebih 30 tahun di dalam dunia pendidikan bermula di Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia sehingga ke jawatan Naib Canselor Universiti Darul Iman Sultan Zainal Abidin (UNISZA) boleh beliau manfaatkan bersama pasukan beliau.


"Fakhrul Anuar Zulkawi pula berkongsi pengalaman menggerakkan Tuisyen Percuma Matematik dan Sains untuk calon-calon SPM sejak 2016 bersama Kuliyyah of Science, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di beberapa sekolah menengah di Kuantan," kata kenyataan itu lagi.


Perbincangan dua hala tersebut berlangsung selama tiga jam dan turut membincangkan prestasi akademik dalam subjek Matematik dan Sains serta usaha meningkatkan bilangan pelajar menyertai aliran STEM A atau Sains Tulen di Pahang.


Dialong juga membincangkan keperluan kolaborasi bersama pelbagai kementerian melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang mana amat diperlukan dalam menggerakkan pembudayaan STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) secara holistik dan bersepadu.


Pendekatan interaktif tuisyen matematik melalui teknologi tik tok juga turut dibentangkan oleh Biro Pendidikan MPN Pahang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page